Terkini

Patutlah driver bas rasa 'tak sedap hati' ketika memandu

loading...

GERIK, PERAK - Keresahan seorang pemandu bas akhirnya terjawab apabila dia menemui sehelai seluar dalam milik penumpangnya yang diselitkan di celah kerusi. 

"Kita bertongkat mata pandu bas nak sampai ke Terengganu dengan selamat kerana nyawa penumpang. Dia pula mengambil peluang buat kerja dalam bas sampai tertinggal hartanya dalam bas (diletak di celah dinding kerusi)," kata pemandu bas yang tidak didedahkan namanya itu. 

Menurut pemandu bas berkenaan, dia bukan mahu mengaibkan penumpangnya tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa dalam perjalanan, pemandu bas juga yang akan dipersalahkan. 

"Kena dakwa memandu lajulah, apalah. Patutlah ketika pandu bas lalu Gerik semalam, rasa tak sedap hati saja. Rupa-rupanya inilah jawapannya. 

"Tunggu saja hari pembalasannya jika tak bertaubat. Nauuzubillah," katanya. 

Sementara itu, Agensi Pelancongan D dan Adik Beradik Sdn Bhd juga meluahkan rasa kesal mereka dengan tindakan penumpang yang melakukan maksiat di dalam bas. 

"Allahuakbar. Kes ini bukan dari bas kami tetapi dari bas lain. Cuma mampu kata, "murahnya harga atau nilai seorang wanita". Di mana terletaknya maruah seorang wanita jika ia terjadi seperti ini? 

"Bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma nak beri nasihat kepada semua wanita sama ada beragama Islam atau bukan Islam. Tolong hargai maruah anda, tolong jaga maruah anda yang bernama wanita. 

"Sedih tengok benda ini. Dalam keadaan pemandu dan penumpang bas yang tidak bersalah, tetapi kerana kerakusan nafsu seseorang, mereka semua yang terkena tempias. 

"Kita berjalan jauh, bukannya dekat. Kita bimbang benda yang tidak diingini berlaku. Memang maut dan ajal semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Tetapi kita perlu menghindari benda-benda haram ini supaya perjalanan kita selamat. 

"Tolonglah jangan buat kerja terkutuk ini dalam bas. Pemandu bas bawa ramai penumpang dan kita mahu perjalanan kita semua selamat. Tolong faham. 

"Salam takziah kepada pemilik seluar dalam ini. Semoga bertaubat dan semoga Allah SWT mengampuni dosa kamu," katanya. 
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.