loading...
GENTING HIGHLANDS, PAHANG - Viral gambar seorang wanita cedera selepas mengalami kemalangan selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan ketika turun dari Genting Highlands.
Naddy Jaafar, yang merupakan penduduk di Genting berkata, sebelum kejadian itu berlaku dia hanya memandu seperti biasa dan perlahan. Namun secara tiba-tiba keretanya hilang kawalan lalu menyebabkan kemalangan..
"Kelmarin saya kemalangan ketika nak turun dari Genting Highlands. Tiba-tiba kereta hilang kawalan kerana jalan licin sangat. Padahal saya pandu kereta dengan perlahan sahaja.
"Akibatnya, kepala saya terkoyak. Alhamdulillah saya selamat. Terima kasih Ya Allah untuk peluang hidup yang kedua," katanya.
Menurut Naddy, dia mengesyaki jalan yang dilaluinya itu licin berpunca dari perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab dengan menuang minyak di atas jalan sehingga menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan.
"Saya nasihatkan, buat masa ini tak payah naik turun Genting. Sekarang ini musim 'mereka' nak buang minyak atas jalan supaya mereka boleh buat duit towing kereta anda. Malah nyawa anda pun di hujung-hujung tanduk," katanya.
"Saya nak tanya, tarikh, masa dan tempat dia kemalangan. Laporan polis dan laporan akhbar. Team saya jaga Genting 24/7, tak dengar pun kes ini atau awak saja nak buat fitnah?" soal individu berkenaan.
Biar apa pun puncanya, mana-mana individu yang merancang untuk pergi ke Genting Highland, dinasihat agar sentiasa berhati-hati dan sentiasa peka pada keadaan jalan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment