loading...
Masalah Rumah Tangga, Ini Penjelasan Keith Foo
Selebriti sering menjadi tumpuan orang ramai terutama melibatkan masalah rumah tangga.
Yang terbaru pasangan selebriti Keith Foo dan Kim Raymond pula menjadi topik bualan.
Akhir-akhir ini jarang melihat gambar Keith Foo bersama isteri dimuatnaik ke media sosial sehingga ada gosip mengatakan rumah tangga pasangan ini bergolak.
Lebih menguatkan gosip itu apabila isterinya tidak mengikut Instagram Keith lagi. Namun Keith menafikan dakwaan terbabit, dan menjelaskan hubungan mereka suami isteri masih bahagia.
Ada juga buah mulut mengatakan Keith Foodimasukkan ke hospital berikutan masalah rumah tangga yang dihadapinya dengan isteri.
Keith sekali lagi menafikan perkara itu dan menegaskan insiden beliau dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan ketika bersenam hingga menyebabkan kepalanya terhantuk.
Ini komennya:
"Kami juga ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baharu. Semuanya baik-baik saja dan kami pun baru saja dapat anak perempuan.
"Dalam soal tidak mengikutinya di Instagram, saya sendiri pun tak sedar akan hal terbabit. Anak buah saya gemar melihat gambar di akaun suami saya. Mungkin dia tersalah tekan”
"Cerita kononnya rumah tangga kami bermasalah itu tidak benar sama sekali. Malah, kehidupan kami macam biasa saja.
"Baru-baru ini, memang saya dimasukkan ke hospital, tetapi disebabkan kecederaan dialami ketika bersenam. Kepala saya terhantuk pada objek keras. Jadi, dua malam juga saya terpaksa bermalam di hospital,”
Keith Foo mengatakan hubungan dengan Kim Raymond kini masih bahagia.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2015 dan baru sahaja menimang anak pertama.
Sumber: Rotikaya
Sumber : berita memey
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment