Terkini Viral

Lelaki Ini Minum Air Soda Enam Tin Sehari Tanpa Gagal, Umur 21 Tahun Dah Hidap Diabetes Dan Buah Pinggang Rosak

loading...

Minuman soda atau bergas memang sedap untuk diminum. Siapa yang tak suka kan? Kandungan gula yang tinggi pasti akan memberi kesan di kemudian hari. Inilah yang dihadapi oleh lelaki malang ini. 

Seorang lelaki berusia 58 tahun ini telah tanpa gagal meminum enam tin air minuman ringan setiap hari. Ketika berusia 21 tahun, lelaki tersebut telah disahkan oleh doktor menghidap diabetes dan telah membawa kepada kerosakan buah pinggang. 

Lelaki tersebut yang juga bekas seorang chef berhenti sekolah pada usia 12 tahun bekerja di sebuah restoran sehingga menjadi chef. Akibat suhu panas di dapur dan sering berpeluh, Lim memilih untuk meminum air bersoda dari air biasa. 

Bukan sahaja ibu dan isterinya penghidap diabetes, dia tetap meneruskan tabiat itu dan terus mengambil air minuman tersebut sehingga menjadikan tabiat itu sebagai sebahagian dari kehidupannya sehinggalah memberi kesan buruk kepada tubuhnya. 

Ketika menjalani program Khidmat Negara di Singapura, doktor yang memeriksanya mendapati Lim menghidapi diabetes ketika di usia yang muda. Lim juga tidak mengendahkan nasihat doktor malah tidak mengambil ubat yang diberikan oleh doktor. 

"Saya ingat diabetes ini untuk orang tua saja dan saya tidak mengambil perkara ini secara serius"

Kini 19 tahun berlalu, Lim berusia 58 tahun tinggal keseorangan di rumah dan sering pening serta muntah-muntah. Kandungan gula dalam darahnya adalah tiga kali ganda lebih tinggi dari orang biasa malah buah pinggangnya turut tidak berfungsi secara baik hingga membawa kepada penyakit lain. 

Ketika umur 43 tahun, kaki kirinya telah dipotong kerana tulangnya reput. Dia hanya mampu duduk di rumah dan bergantung harap pada adik beradiknya saja. 

Dia juga turut menyesal kerana tidak menjaga kesihatan ketika dirinya masih muda. Memang sedap minum air manis tapi kesannya amat merbahaya kelak. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.