Terkini Viral

Pak Lebai Cabul Wanita Berumur 38 Tahun Di Kuala Terengganu

loading...
LELAKI yang juga pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan mencabul seorang wanita.

Tertuduh, Abdullah Muda, 60, dari Marang mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa berusia 38 tahun di kedai di Chabang Tiga, di sini, jam 4 petang pada 30 Oktober 2016.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 30 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dusntan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita mendakwa dicabul seorang lelaki ketika mendapatkan rawatan mengeluarkan gangguan makhluk halus.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada di kedai miliknya sebelum didatangi tertuduhyang memaklumkan mahu memandikan mangsa menggunakan daun bidara sebagai susulan rawatan yang pernah dibuatnya sebelum itu.

Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.