Terkini

"Saya tak perlu susah payah cari jurulatih peribadi jika bekas suami ada.." Anak Rita Rudaini Wakili Sekolah Bola Sepak

loading...

"Saya tidak perlu susah payah cari jurulatih peribadi jika bekas suami ada.." Anak Rita Rudaini Wakili Sekolah Bola Sepak



Rita Rudaini mendedahkan anaknya Rayyan kini meminati bidang bola sepak.

Pelakon ini tidak pernah menghalang anak sulungnya untuk bergiat aktif dalam sukan bola sepak sebagaimana anggapan segelintir pihak ekoran kisah perceraiannya dengan bekas suami, Aidil Zafuan.

Rita Rudaini memberitahu Airit Rayyan Rizqin yang kini berumur 8 tahun telah terpilih untuk mewakili pasukan bola sepak sekolahnya.

Ini pendedahan Rita Rudaini:

"Apabila gurunya di sekolah meminta kebenaran untuk Rayyan terbabit dalam pasukan bola sepak sekolah, saya tidak keberatan asalkan dia berminat.

"Saya pun bertanya kepada Rayyan dan dia berminat. Jadi buat apa saya nak halang,"


Demi anaknya itu yang berbakat dalam bidang bola sepak, Rita berkata, dia telah mendapatkan khidmat jurulatih peribadi untuk anaknya.

Ini komen Rita Rudaini:

"Saya tidak perlu bersusah payah cari jurulatih peribadi sekiranya bekas suami ada. Sedikit sebanyak dia boleh membantu menyediakan kelengkapan sukan dan melatih Rayyan tetapi sekarang saya kena buat sendiri dan bertanya kepada orang lain.

Pertama kali melihat Rayyan bermain bola sepak, Rita Rudaini akui ketawa besar kerana anaknya itu tidak biasa dengan sukan di padang.

Ini dedahnya:

"Saya tergelak apabila melihat keadaannya yang tidak selesa dengan aktiviti di padang. Dia tidak selesa apabila pakaiannya kotor dan berpeluh.

"Jika sebelum ini minatnya lebih ke arah sukan catur atau bermain pemainan Lego, tetapi kini saya beritahu dia perlu membiasakan diri dengan bola sepak," 


Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.