Terkini Viral

Puteri Aishah Tak Sedar Baju Nampak Coli, Tutup Ruangan Komen Selepas Kena Kecam

loading...

Puteri Aishah merupakan seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik. Pelakon yang pernah memegang watak utama dalam drama Cinta Roller Coaster ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin. 

Baru-baru ini, Puteri Aishah menjadi bualan netizen apabila sebuah foto yang memaparkan gambarnya berbaju jarang ketika menghadiri pertunjukan fesyen sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2017. 

Menurut laporan dari Rotikaya, pelakon tersebut menjelaskan bahawa dia tidak menyedari pakaian yang digayakan adalah jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh badan serta coli yang dipakainya. 


Menurutnya lagi, ketika itu dia menukar baju tersebut di belakang pentas tetapi tiada cermin disediakan. 

"Ketika jurugambar merakam gambar tersebut, baju itu kelihatan jarang kerana terkena cahaya lampu" jelas Puteri Aishah lagi. 

Kerana gambar tersebut menjadi viral di media sosial, Puteri Aishah terpaksa menutup ruangan komen di laman Instagram beliau. 



FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.