SUNGAI PETANI: Berikutkan kemalangan yang mengorbankan Mohamad Fandi Rosli dalam kejadian kemalangan semalam, keluarga Allahyarham dilaporkan akan menyaman pemandu Proton Gen-2 yang melawan arus berkenaan, lapor Berita Harian.
Bapa mangsa, Rosli Lin, 57 berkata, segalan keputusan yang dibuat berkenaan telah pun dipersetujui keluarganya selepas mereka merasakan pemandu Proton Gen-2 yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, perlu bertanggungjawab atas kematian anak sulungnya itu.
“Kami akui apa yang terjadi adalah suratan takdir, namun kematian anak saya perlu pembelaan dan individu yang bertanggungjawab itu perlu mendapat hukuman yang setimpal.”
“Kemalangan yang berlaku bukan kemalangan biasa, tetapi ia disengajakan dan kami merasakan anak kami seperti dibunuh dengan sengaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Pinang di sini, sebentar tadi.
Menurut beliau lagi, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemandu tersebut supaya ia menjadi pengajaran kepada pemandu lain.
“Ini kerana tindakan beliau yang memandu laju dan melawan arus bukan tindakan yang boleh dimaafkan hingga menyebabkan kematian satu-satunya anak lelaki saya,” tegas beliau.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid dalam satu kenyataan medai berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita berusia 19 tahun itu, berada dalam pengaruh alkohol dan dadah sehingga dia bertindak luar jangka.
Menurut beliau, suspek yang berasal dari Taman Desa Murni sepatutnya memasuki susur keluar Sungai Dua untuk pulang ke rumahnya, namun terlajak sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua.
“Suspek yang baru pulang minum di sebuah kelab bersama rakannya mendakwa ternampak sebuah lori di hadapannya menyebabkannya bertindak membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga bergesel dengan tiga kenderaan di situ.
“Suspek kemudian memandu laju kenderaannya secara melawan arus dalam jarak lima kilometer sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun yang mengakibatkan lelaki itu maut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT, di sini, hari ini.
Semalam, Mohamaf Fandi memandu kereta Perodua Kelisa sedang dalam perjalanan pulang dari kerja sebelum kenderaannya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu melawan arus menyebabkan beliau maut di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
The post ‘Arwah Seperti Dibunuh Dengan Sengaja, Saya Akan Saman’ – Bapa appeared first on The Coverage Edisi BM.
Sumber : 1Citemalaya>
0 comments:
Post a Comment