loading...
Sekurang-kurangnya 24 orang maut manakala puluhan yang lain cedera selepas sebuah bas terbabas 200 meter ke dalam gaung di barat laut Nepal kelmarin.
Memetik laporan berita Xin Hua Net, pegawai daerah Jajarkot, Suman Kharel berkata, 16 orang penumpang bas terbabit terkorban di tempat kejadian, manakala lapan yang lain disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Katanya, bilangan mangsa yang ramai dalam nahas ngeri berkenaan menyebabkan hospital berdekatan tidak dapat menampung jumlah mangsa dan terpaksa memindahkan sebahagian mereka ke daerah lain untuk rawatan.
“Hospital daerah sesak dengan mangsa yang cedera, dan kita masih mencari lagi mangsa yang berada di tempat kejadian.”
Pegawai daerah berkata, jumlah penumpang melebihi had yang ditetapkan adalah punca kepada kemalangan itu, termasuk keadaan jalan di kawasan tersebut yang sempit dan berbahaya.
Katanya, bas terbabit diselenggara dengan baik namun dia yakin sikap pemandu bas yang membawa kenderaan terbabit secara berbahaya menjadi antara faktor kemalangan itu dan banyak lagi nahas di Nepal.
Sumber : kaki share
loading...
0 comments:
Post a Comment