loading...
Budaya hormat menghormati antara kaum sepatutnya dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Dalam soal ini, ibu bapa perlulah memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak supaya saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Kisah anak Orang Asli yang dibuli dan diejek oleh pelajar Melayu membuktikan kepada kita bahawa budaya hormat menghormati dikalangan masyarakat perlu dipupuk secara berterusan.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang guru "Projek Iqra" Sharifah Sharina Syed Aswad yang menyertai program amal mengajar anak Orang Asli selama empat minggu.
"Melayu jahat, cikgu!"
Jawapan yang diberikan oleh pelajar ketika saya bertanya samada pelajar orang asli berkawan dengan pelajar melayu atau tidak.
Kenapa kamu cakap macam tu?
"Iya cikgu. Budak melayu selalu ejek kami. Mereka kata kami busuk. Mereka kata nama kami buruk. Rupa kami buruk. Kami makan babi. Kami malu, cikgu..."
Allahu.... 4 minggu di program #jombaca bukan sahaja mengajar cara membaca dan menulis dengan betul, banyak pelajaran sampingan yang lain. Kami akan panggil segelintir pelajar untuk beritahu mereka mengenai jangan membuli, menghormati orang lain, tugas mereka sebagai orang islam, Allah mencipta manusia daripada pelbagai bangsa dll.
Sepanjang 3 minggu saya disini memang nampak ketara betapa asingnya pelajar melayu dan pelajar orang asli. Hal mengejek ini tidak sahaja berlaku di Gua Musang, hal yang sama saya temui di Bangi Lama dan Gombak Batu 12.
Menyedihkan
Sumber : kaki share
Sumber :
loading...
0 comments:
Post a Comment