Isu Semasa

Dulu Hampir BUNUH DIRI Tapi Siapa Doktor Ni SEKARANG Buat Ramai TERKEJUT !!!

loading...

Dulu Hampir BUNUH DIRI Tapi Siapa Doktor Ni SEKARANG Buat Ramai TERKEJUT !!! | Jom kita dengar cerita viral seorang usahawan wanita, Azmah atau dikenali ramai di media sosial sebagai FB Kapten Jemah (LINK). Dulu pernah nak bunuh diri, tapi sekarang ? Beliau kini adalah antara pengimport terbesar Clarks di Malaysia !!! Jom baca kisahnya..

Korang nak tahu tak saya pun pernah cuba untuk bunuh diri sebelum ni? Saya rasa saya terpaksa buka rahsia terbesar hidup saya ni sebab saya taknak benda ni terjadi kat korang semua.

Benda ni terjadi beberapa tahun lepas. Masa tu saya ada macam-macam masalah tapi yang paling buat saya lemah adalah masalah peribadi dan kesempitan duit. Saya bukannya datang daripada keluarga yang senang. Pernah waktu kecil dulu saya mengidam sangat nak makan ayam goreng. Saya tak ada duit… Saya pergi ke sebuah kedai yang jual ayam goreng dan saya hidu bau ayam goreng tu puas-puas kat situ. Saya keluar daripada kedai dengan genangan air mata sebab hanya mampu hidu ayam goreng je. Masa dulu, hidup saya terlalu susah dengan 9 adik beradik…. Ayah pula hanya seorang guru dan mak saya terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk sekolahkan kami… Masa nak beli ayam goreng tu, saya betul-betul takde duit sesen pun nak beli.

Hidup saya dan keluarga makin melarat bila ayah meninggal dunia pada tahun 2002. Saya ingat lagi sebelum ayah masuk ICU dan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya dia keluarkan duit seringgit daripada poketnya. Arwah cuma cakap ” Maaf, Ini je duit yang ayah ada. Maaf… Maaf nak… “. Arwah ayah saya menangis teresak – esak seperti budak kecil pada masa tu. Saya tahu masa tu arwah mungkin dah dapat rasakan ajal dia semakin dekat dan dia rasa sedih sangat kerana cuma seringgit je duit yang dia mampu untuk tinggalkan pada kami sekeluarga selepas kematiannya.

Sejak daripada hari tu saya berazam untuk ubah kehidupan keluarga saya. Saya tahu setiap orang berhak berjaya jika dia berusaha keras. Saya mula mengumpul duit dengan mengambil upah memotong rumput di Dublin masa tengah ambil jurusan dalam Senibina Dalaman di sana. Walaupun berjarak 10 892 kilometer daripada Malaysia, saya tetap tak lupa keluarga saya. Dengan duit upah potong rumput la saya bantu dua adik saya yang masa tu tengah ambil jurusan Farmasi dan Kejuruteraan. Saya nak adik saya jadi orang pandai, tak apa biarlah saya susah sikit sebab kakak sulung saya menjadi senang sekarang pun sebab bahagiakan kami sekeluarga ketika kami masih kecil. Dialah tonggak yang membantu ibu bapa saya dulu…. Kakak sulung saya juga adalah inspirasi kami adik-beradik mengikut jejak langkahnya…. Thanks Along!

Saya pun dapat rasakan yang semangat ayah saya selalu ada dalam jiwa kami adik- beradik dan jiwa kental ibu saya juga adalah sebahagiannya yang membantu.

Tak cukup dengan potong rumput, saya buat juga buat bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan. Bangun pada pukul 3 pagi setiap hari tu dah menjadi satu rutin sebab saya terpaksa buat bermacam jenis kerja dan pada masa yang sama terpaksa juga fokus pada pelajaran dalam bidang perubatan di universiti setelah tamat dalam jurusan seni bina dalaman di Dublin. Disini la juga saya dapat idea untuk jual kasut Clarks secara kecil-kecilan. Saya tak kisah susah asalkan keluarga saya tak melarat. Biarlah saya menangis dan terdampar keletihan asalkan adik beradik dan mak saya boleh tersenyum puas dengan kehidupan yang lebih selesa.

Peristiwa hitam masa saya cuba bunuh diri dulu itu juga betul-betul mengubah cara pandangan saya tentang kehidupan. Ketika saya hampir-hampir nak terjun bangunan dulu, semua kawan-kawan saya datang. Mereka tak datang untuk kecam saya tetapi mereka datang untuk memberikan kata-kata semangat. Saya sangat terhutang budi pada mereka, sahabat saya dunia akhirat. Masa itulah saya terbayang pada mereka yang masih mengambil berat pada saya dalam diam. Saya terbayangkan wajah mak, arwah ayah, adik beradik dan kawan-kawan saya. Rupanya merekalah yang menyayangi saya tanpa syarat!

Dulu saya sangka kebahagiaan itu caranya dengan mendapatkan apa yang kita nak. Saya silap! Sebenarnya kebahagiaan itu datang bila kita boleh bantu dan bahagiakan orang lain sebenarnya. Sejak dari itu, saya tukar cara berfikir saya. Saya berazam untuk kayakan dan bahagiakan orang lain dengan kerja keras melalui bisnes saya. Ini jugalah saya lakukan terhadap ke semua ejen, admin dan staff saya.

Apa saja untuk mereka berjaya bersama-sama saya.

Sejak saya ubah cara fikir saya tu, bisnes kasut Clarks saya mula meningkat naik dengan sangat hebat. Kasut Clarks yang saya import terus daripada UK ini menjadi buah mulut netizen sebab saya membenarkan pelanggan saya untuk membuat 3 kali bayaran! Jika tak mampu beli Clarks dari UK, korang pun boleh dapatkan harga Clarks Original Vietnam tau.. Ori ya!! Orang pernah kata saya gila sebab saya buat tindakan berani mati camtu. Mereka tak tahu saya sebenarnya nak semua orang Malaysia ni tak kira kaya ke miskin dapat merasa pakai kasut jenama Clarks ni…. orang kata, kasut mampu tengok sudah bertukar menjadi kasut mampu beli!

Sejak itu bisnes kasut Clarks saya menjadi viral. Sekarang ini pun saya terpaksa menggajikan 70 ejen untuk memenuhi permintaan ramai. Perfume keluaran syarikat saya, Herencia Familiar pun bakal masuk ke pasaran Malaysia tak lama lagi. Rupanya rezeki kita boleh berubah hanya dengan mengubah cara pandang kita pada kehidupan!

Jadi sebagai penghargaan kepada semua yang follow saya di facebook saya FB Kapten Jemah (LINK), saya nak hadiahkan 1000 botol perfume saya yang berharga RM 80 000 untuk ke semua pembeli kasut Clarks saya dan juga kepada followers saya yang bertuah. Ye, secara percuma je! Saya tak rasa rugi pun sebab ini lah kebahagiaan saya, merasa bahagia melihat orang lain bahagia! Jangan lupa kongsi kisah hidup saya ni pada yang lain juga. Semoga kisah hidup saya ni boleh jadi inspirasi pada mereka yang masih tertekan dengan bebanan dan kesempitan ekonomi.

Jalan sentiasa ada di hadapan… Bangkitlah! Jom Ramai2 Add Friend Saya : FB Kapten Jemah (LINK).

The post Dulu Hampir BUNUH DIRI Tapi Siapa Doktor Ni SEKARANG Buat Ramai TERKEJUT !!! appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : 1Citemalaya>
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.