loading...
Setiap orang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan, dari umur menjelang akil baligh, ada yang dosanya susah mula tercatat dek sekecil kesalahan yang dilakukan.
Tetapi perlu diketahui, pintu taubat itu tidak pernah tertutup bagi hambaNya, seperti apa yang berlaku kepada seorang artis terkenal tanah air, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman ,37, yang kini sudah berhijrah ke jalan yang diredhai.
Beliau mengakui darah seni tetap mengalir di dalam tubuhnya dimana sehingga kini dia meneruskan minatnya dalam bidang berkenaan, Mizz Nina yang merupakan isteri komposer dan penyanyi, Noh Salleh ini juga tampil sebagai pengacara dalam pelbagai program Islamik
"Saya rasa inilah kehidupan saya. Semuanya adalah rancangan ALLAH SWT dan saya hanya go with the flow.
"Mungkin inilah hala tuju saya, jadi saya tak seharusnya berhenti sebaliknya teruskan dan cuba jadi yang lebih baik."
"Saya masih tidak memadam lagu-lagu lama di laman Youtube kerana cara itu mendekatkan saya dengan peminat."
“Lagipun, saya tak boleh menghalang mereka untuk terus menonton atau berkongsi di laman sosial," katanya.
Beliau telah menjadikan laman sosialnya sebagai platform menyampaikan dakwah disamping mengambil peluang menjadikan medium tersebut sebagai pengantara dengan ramai peminat yang mahu mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Menurut beliau untuk berubah ke jalan diredhai, tiada istilah terlambat untuk mengenal ALLAH dan memulakan perkara baru yang akan memberi manfaat.
"Bahkan, saya sendiri belajar Alif Ba Ta dan al-Quran pada usia 30 tahun. Alhamdulillah, semuanya bertambah baik sekarang.
"Apa yang penting, jangan malu dan berputus asa serta ada rasa terlambat untuk memulakan sesuatu," katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian
via Bin Usrah
Sumber : brodespatch
loading...
0 comments:
Post a Comment