Terkini

Khasiat Buah Asam Jawa Yang Ramai Tidak Tahu

loading...


Jika dilihat dengan mata kasar, buah asam jawa ini bersifat cukup buruk. Dengan bentuknya berlekuk-lekuk ditambah pula warnanya tidak cantik menyebabkan kita rasa seperti tiada kegunaannya. Namun asam jawa banyak digunakan sebagai bahan untuk penambah perisa dalam sesuatu hidangan.

Biasanya untuk masakan berasaskan. Silap hari bulan makan nasi bertambah dua kali gara-gara sambal belacan asam jawa. Selain itu, asam juga sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi terutama mengubati pelbagai penyakit yang biasa dialami oleh golongan dewasa atau kanak-kanak.

1. Demam Panas


Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat.

2. Sakit Perut


Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

3. Sakit Asma

Bagi yang sakit asma pula anda boleh rebus dengan potong dua kulit asam jawa dengan satu satu liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua kali sehari. Insya-Allah jika diamalkan boleh mengurangkan masalah asma.

4. Batuk/Perit Tekak

Paling mujarab menyembuhkan batuk atau sakit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.

5. Luka / Bisul

Untuk yang mengalami luka atau masalah bisul juga boleh gunakan daun asam jawa. Ambil daun yang muda dan boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

6. Alergik

Bagi masalah alergik pula boleh cuba cara ini. Ambillah dua atau tiga golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan tiga gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua kali sehari, pagi dan petang. Insya-Allah hasilnya akan dapat dilihat.

7. Bengkak Disengat Lipan atau Lebah

Jika mahu cepat ubatinya tanpa pergi ke klinik boleh cuba cara tradisional ini. Sediakan tiga hingga lima biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut di atas bahagian anggota yang bengkak.

Jadi, selepas ini boleh mula tanam sendiri pokok asam jawa ataupun pastikan bekalan buah asam jawa sentiasa ada di rumah untuk kegunaan kecemasan seperti dinyatakan.

Sumber: Hijabista


via Bin Usrah SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.