Terkini Viral

Mereka Yg. Takut Mendengar Azan?Kenapa?

loading...


Mereka Yang Takut Mendengar Azan

Setiap hari, untuk lima kali sehari semalam ayat-ayat di bawah ini akan berkumandang di seluruh dunia, khusunya di negara-negara Islam yang menjadi lagu suci untuk mereka.

1]Allahu Akbar!Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar.
2]Asyhadu alla ilaha il-lllah – 2 x
3]Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah – 2x
4]Haisya alas solah- 2x
5]Haiya alal falah- 2x
6]Allahu Akbar- 2x
7]Lailah illallah”.

Itulah kalimah-kalimah azan menyeru umat Islam untuk menunaikan solat lima waktu yang dikemadangkan di masjid-masjid, di surau-surau atau di mana sahaja tempat yang akan dirikan solat.

Ia bermaksud::

1]Allah Maha Besar
2]Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah
3]Aku bersaksi, Muhammad pesuruh Allah
4]Marilah sembahayang
5]Marilah capai kejayaan
6]Allah Maha Besar
7]Tiada Tuhan melainkan Allah.

Orang-orang yang mendengar azan pula disunatkan menjawab azan itu dan disunat berdoa setelah azan selesai dikemuandangkan, dan demikian juga pembacanya disunatkan membaca doa azan selepas dia selesai bearzan.

Ada berbagai-bagai ieaksi orang ketika mendengar azan dikemundangkan, baik dia seorang Islam ataupun bukan Islam.

Ada orang Islam yang merasa kepiluan mengiggit hati ketika mendengar alunan azan bergema membelah udara senja atau subuh.

Ada mereka yang merasa sayu dan hiba ketika mendengar azan mendayu-dayu dari rumah Allah.

Ada mereka ketika mendengar azan merasa gementar, mengingati kekerdilan diri berada di hadapan Allah SWT dan mengalir air mata keinsafan pada kedua tasik matanya, kerana merasa takutkan Allah.

Justeru itu mereka akan segera memberhentikan apa yang sedang mereka lakukan, termasuk berbual-bual ataupun sedang menjalankan sesuatu pekerjaan, seperti membaca atau menulis, ataupun memberhentikan mesyuarat ketika tiba-tiba mendengar suara azan dilaungkan.

Ada pula mereka yang merasa terhibur dan gembira mendengar seruan azan kerana mengingatkan mereka kepada Alllah Yang Maha Kaya, Tuhan Semesta Alam, lalu bersegera untuk menunaikan solat yang diwajibkan lima kali sehari semalam ke atas setiap umat Islam.

Ada orang-orang yang tidak mempunyai apa-apa perasaan ketika mendengar laungan azan. Tidak ada apa-apa perasaan menyentuh hati mereka. Justeru itu mereka berada dalam keadaan dengar tak dengar sahaja, tak peduli dan tak kisah seperti mereka mendengar hriuk pikuk di tepi jalan sahaja.

Justeru itu mereka bukan sahaja tidak menjawab azan atau berdoa selepas mendengar azan, dan jauh sekali daripada bersegera untuk solat.

Malah mengikut perhatian ada para jemaah yang telah berada dalam masjid menunggu waktu untuk solat pun ketika muazin melaungkan azan mereka terus juga bercakap dan berbual-bual tanpa berhenti untuk menghormati azan seolah-olah mereka tidak mendengarnya. Kadang-kadang perbualan mereka melawan azan itu kuat dan dapat dapat didengar dalam jarak yang jauh dalam masjid, seolah-olah mereka ingin berlawan dengan muazin yang melaungkan suara azan itu.

Ada ulama-ulama yang menaruh kebimbangan, jika kita tidak menjawab azan atau tidak berdoa selepas mendengar azan boleh menyebabkan seseorang sukar untuk mengucap syahdah- Asyhadu alla ilaha illahllah- di ambang mautnya atau ketika syaraktulmaut.

Ada orang Islam tidak suka mendengar azan, kerana itu bila mendengar suara azan yang mulia itu memancar daripada peti tv mereka segera menutupnya ataupun menukarnya ke saluran lain yang tidak berazan di mana programnya sedang bernyanyi, berderama ataupun menari. Acara itu lebih menarik kepada mereka daripada mendengar alunan azan.

Ada mereka yang merasa amat takut yang membakar hati dan jiwanya ketika mendengar azan. Perkara seperti ini pernah berlaku kepada kepada salah seorang sahabat kepada kenalan saya yang tinggal di salah sebuah kota metropolitan di salah sebuah negara di Asia.

Lelaki yang ketakutan mendengar azan itu telah lama berhijrah dan menetap di kota raya tersebut. Dia telah berkeluarga dan isterinya anak perempuan seorang jutawan bukan Islam di kota tersebut.

Pada suatu ketika dia telah balik menemui keluarganya dan bercadang ingin menetap bersama keluarganya dan tidak ingin lagi kembali ke negara di mana dia berhijrah itu. Rumah keluargnya itu letaknya tidak jauh dari masjid, dan jika azan dikemundangkan, ia akan kedengaran dengan jelas dan nyata.

Lelaki ini tidak dapat mendengar suara azan. Azan itu bukan sahaja tidak mengingatkannya kepada Allah atau solat, malah katanya dia merasa amat takut tidak dapat digambarkan bila mendengar azan.

Justeru itu bila mendengar suara azan ketika berada di rumah dia akan menutup kedua telinganya dengan kain atau bantal untuk mengelak daripada mendengar azan..

Jika berada di luar rumah pula oleh sebab merasa amat takut dia menjadi nanar dan merasa hendak bersembunyi ke dalam lubang cacing.

Akhirnya lelaki ini terpaksa membantalkan hasratnya untuk kembali ke negeri tanah tumpah darahnya ini dan segera kembali ke kota hijrahnya itu, dan masih tetap di sana sampai sekarang, hidup tanpa mendengar azan walaupun dia seorang Islam.

Semoga Allah menyelamatkannya,

Kepada orang-orang bukan Islam pula ada berbagai-bagai riaksi mereka ketika mendengar azan dikemandangkan.

Ada di antara orang-orang kafir itu mendengar azan dengan penuh kebencian, dan berharap azan itu tidak dilaungkan.

Ada di antara mereka yang bencikan suara azan itu menganggapnya menganggu dan mencemarkan udara dan perlu dihapuskan. Kerana itu mereka mendesak supaya azan itu tidak dilaungkan secara deras kerana boleh menganggu ketenteraan awam. Perkara ini berlaku di negara bukan Islam atau di negara sekular.

Mustaffa Kamal Attaturk seorang ajen Yahudi yang bencikan Islam dan telah berjaya menjatuhkan kerajaan Islam Osmaniah Turki, seorang pemimpin sekular telah memerintah supaya suara azan yang dilaungkan di dalam bahasa Arab itu ditukar ke bahasa Turki.

Ada juga orang bukan Islam tidak ada apa-apa masalah kepada mereka untuk mendengar laungan azan, walaupun lima kali sehari dikemundangkan, malah ada di antara mereka yang mungkin merasa senang hati mendengarnya.

Malah tidak jarang pula ada di antara orang-orang kaifr itu mendapat hidayah ketika mendengar laungan azan. Malah ada orang bukan Islam mendapat hidayah dengan hanya masuk ke dalam rumah suci Allah. Lauren Booth, 43 tahun, seorang wartawan dan adik ipar kepada Tony Blair, bekas Perdana Menteri Britain. Beliau memeluk Islam selepas memasuki sebuah masjid di Iran. Katanya ketika berada dalam masjid itu dia tiba-tiba merasa tenang dan gembira. Sekembalinya ke Britain pada bulan Setember 2010 beliau terus memeluk agama Islam.

Muazin Pertama

Orang yang pertama azan dan muazin yang pertama dalam sejarah Islam ialah Bilal bin Rabah, dan ibunya bernama Hamma, seorang hamba perempuan berkulit hitam, justeru beliau digelar Ibnus-Sauda yang bererti "putera wanita hitam". Beliau juga digelar Bilal al-Habashi.

Bilal buat pertamanya mengkumandangkan azan ialah di Masjid Nabawi, Madinah bila masjid itu siap dibina dengan suaranya yang bersih dan jelas kedengaran. Bilal menjadi muazim tetap sepanjang hayat Baginda Rasullah Shalalahu ‘alaihi wasallam, dan Baginda saw.amat menyukai beliau.

Selepas Baginda saw. wafat Bilal hanya sanggup melaungkan azan selama tiga hari sahaja kerana sangat terharu mengingati Baginda Rasulullah saw. Bila sampai kepada ayat “Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”, beliau terus menangis terisak-isak, dan diikuti pula oleh umat Islam yang mendengarnya. Justeru itu beliau memohon Khalifah pertama, Abu Bakar as-Shiddik melepaskan beliau dari tugas muazim. Pada mula-mulanya Abu Bakar as-Shidik enggan melepaskannya, tapi setelah didesak oleh Bilal, akhirnya dia dilepaskan oleh Khliafah Abu Bakar.

Bilal pindah ke Darrya yang letaknya tidak jauh dari kota Damsyik. Beliau yang dilahirkan pada 45 tahun sebelum Hijrah itu meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah [64M] dengan suara azannya terus berkemundang hingga ke hari ini melintasi daratan dan lautan dan bergema di seluruh dunia.

Walau bagaimana selepas mendengar azan jangan lupa untuk berdoa:

“Allahumma rabba hazihid dakwatit tammah
[Wahai Tuhan yang empunya seruan ini]

Wassolatil qaimah
[Sembahayang dimulakan]

Ati saiyidana Muhammadanil wasilah
[Kurniakan kepada nabi Muhammad sesuatu jalan]

Wa fadhilata wasysarafa wad darajatal aliyah
[Kebahagian, kemuliaan dan darjah ketinggian]

Wabathhul maqamal mahmudal lazi waadtahu
[Kurniakanlah kepdanya satu kedudukan terpuji yang Engkau telah janjikan kepadanya.

Innaka la tukhliful miaad
[Bahawa Engkau tidak mungkir janji].

Menantu Tak Lebai Azan

Sebagai penutupnya kita terkenangkan sebuah kisah yang ada hubungan kait dengan azan. Peristiwa ini berlaku agaknya sekitar empat puluh tahun yang lalu. Ada seorang pemuda berkahwin dengan seorang gadis anak tok lebai di sebuah kampung. Rumah tok lebai dan rumah menantunya itu tidaklah begitu jauh, masih sekampung.

Selepas diijabkabulkan kedua-dua pengantin dibenarkan tinggal di sebuah rumah kosong di sebelah rumah tok lebai. Tak berapa jauh dari situ pula ada sebuah surau kecil di mana tok lebai menjadi imam solat lima waktu dan juga tempat mengajar agama.

Sudah beberapa hari kahwin, si menantu tak pernah datang ke surau untuk berjemaah. Namun begitu, boleh dimaafkan, kerana pengantin baru sibuk banyak menerima undangan. Maklumlah menantu tok lebai.

Tiba-tiba pada suatu subuh, setelah seminggu lebih berlalu, kedengaran suara si mennatu azan membelah kesunyian pagi. Boleh tahan juga suaranya mendayu-dayu. Sejak hari itu, tiap-tiap subuh akan kendengaran menantunya azan. Tak apalah dia tak pergi ke surau pun sehari dua ni, boleh dimaafkan. Lama-lama tentu datang juga ia, dan bolehlah azan di surau nanti.

Setelah beberapa minggu berlalu, suara menatunya azan setiap subuh masih juga kedengaran, tapi tok lebai mulai naik hairan, kerana selepas azan, rumah menantunya menjadi sepi, tak pula ada tanda-tanda menunjukkan orang sembahayang subuh.

Untuk mencari jawapan keapda pertanyaan itu, pada sauatu hari bila mendengar suara menantunya melaungkan azan, dia pun mengendap rumah menantunya itu. Alangkah terkejut besarnya tok lebai kerana dia melihat menantunya masih terbaring di tempat tidru bersama dengan isterinya ketika dia melaungkan azan, dan kemudian terus menyepi tertidur semula, tanpa bangun solat.

Dengan rasa kesal tok lebai beredar dari situ sambil menyumpah-nyumpah dalam hati. “Dasar penipu”, keluhnya sendirian.
Info gambar:
-Bedok yang pernah digunakan di Masjid Muhammadi Kota Bharu untuk menandakan masuknya waktu solat.
-Lauren Booth yang memeluk agama Islam selepas memasuki sebuha masjid di Iran.
xxxxxxx

Renunglah:

Rasulullah saw berpesan kepada Abu Zar, “Apabila kamu hendak memulakan perjalanan, sudah tentu kamu melakukan persiapan”.

“Ya”, jawab Abu Zar.

Beliau lalu bertanya lagi, “Bagaimana pula dengan perjalanan akhirat? Mahukah kamu Abu Zar, aku memberitahu mengenai sesuatu yang bermanafaat bagimu pada hari itu?”.

Abu Zar menjawab, “Ya”.

Beliau pun berkata, “Berpuasalah pada hari yang panas bagi persiapan hari dibangkitkan daripada kubur. Bersolatlah dua rakaat semasa malam gelap bagi persiapan keresahan kubur”.



Sumber : pondokrahmat


via Bin Usrah

Sumber : GengViral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.