Terkini

Padah Masak Cendawan Tanpa Rendam Dalam Air, Perut Wanita Ditumbuhi Oleh Cendawan

loading...

Berikutan sering mengalami sakit perut, seorang wanita berusia 50 tahun berasal dari Zhejiang, China bertindak mendapatkan rawatan di hospital pada permulaannya. 

Namun keadaan sakit perutnya masih tiada perubahan, justeru doktor pun menjalankan pemeriksaan dan terkejut mendapati sejumlah cendawan ditemui tumbuh dalam perut wanita itu sehingga menyebabkan organnya tersumbat. 

Memetik laporan Sina Daily News, doktor menjelaskan cendawan itu boleh bercambah dalam perut wanita itu dipercayai akibat masakan cendawan tidak sempurna. 

Wanita itu mengakui selama ini cendawan kering sering dimasaknya tanpa merendam terlebih dahulu dan ketika makan difahamkan dia juga tidak mengunyah cendawan itu hingga hancur sebelum menelannya.

Tindakan itu menjadi punca perutnya sakit kerana cendawan berkenaan tidak hancur dan mula tumbuh dalam perutnya.

Jelas doktor, ukuran cendawan yang paling panjang yang boleh tumbuh di dalam perut wanita itu adalah tujuh sentimeter.

Kemudian, wanita itu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan semua cendawan berkenaan dengan selamat.


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.