loading...
Usia saya 34 tahun..anak 3 org. Perkahwinan pertama ketika saya berusia 21 tahun dan berakhir pada 27tahun. 2 org anak hasil perkahwinan pertama. Kami bercerai sebab bekas suami sangat2 cemburu dan selalu mencurigai.
Nak kata saya ni cantik sangat tu tak pulak. Cumanya tak nampak mcm dah anak dua org. Lama2 saya rimas dan tertekan dengan segala tuduhan yang tak berasas maki hamun lg jd saya mintak cerai. Akhirnya kami bercerai.
Selepas bercerai aktiviti saya banyak dengan majlis2 ilmu..sukarelawan dan selebihnya pergi kerja balik kerja duduk kat rumah jaga anak. Saya memang tak suka keluar rumah jalan2 saja2 tu memang tak berminat..kadang kasihan dengan anak..memula saya tak boleh tengok org yang ada keluarga yang lengkap.
Sebab saya sedih kekurangan saya yang tak ada suami. 5 tahun saya menjanda tu saya langsung tak rasa saya ni janda..dan tak ada pula orang mengata atau pandangan serong. Mungkin sebab saya jaga diri dan selalu dengan aktiviti keagamaan.
Dalam tempoh tu memang ramai yang mendekati..saya jadi terlalu memilih sebab takut tersalah pilih. Hati pula susah sangat nak terima orang lain. Tak yakin boleh jaga saya dan terima anak2 saya. Dah tu pulak saya ni tak nak selalu berjumpa tanpa arah tujuan contohnya tengok wayang ke apa ke sebab saya kata tu bukan zaman saya nak keluar berjalan bercintun. Saya ada anak ..jadi saya nak dengan orang yang dah bersedia until berkahwin.
Sehinggalah saya jumpa suami saya melalui media sosial. Kami kenal tak lama dalam tempoh 5bulan sahaja. Dia yang bersungguh inginkan perkahwinan dsegerakan kerana susah nak dibawak keluar ..kalau keluar asyik nak balik cepat.
Jadi kami berkahwin. Bulan pertama terus tonjolkan tak senang dengan anak2 saya. Disuruhnya tinggal dengan bekas suami Katanya sebabnya bukan tanggungjawab saya lagi (anak dah darjah 2 dan darjah 4 masa tu). Saya termangu serba salah sedih terpaksa dan kebetulan anak2 saya nak tinggal dengan ayahnya.
Saban hari saya berdoa agar suami lembut hati terima anak saya tinggal dengan saya. Bayangkan dari kecil saya jaga tetiba terpisah setelah dapat suami baru. Tuhan saja yang tahu perasaan saya seorang ibu.
Setelah saya gugur 2x sejak tu suami saya maki hamun anak saya(pada saya). Disalahkan takdir. Bila saya mengandung lagi punyalah stressnya saya menjaga kandungan agar tak gugur lagi dan berharap bila dia dah jadi ayah dia dapat rasa perasaan seorang ibubapa.
Tapi sebaliknya makin teruk. Maki hamun cerca semua saya dah hadam. Pernah dia kata pada saya masa tu baru lepas pantang 'lebih baik aku bela lembu dari kau ni tak dapat apa2 hasil'. Dia kerja gaji memang mampu saya pun kerja tapi gaji saya 3x rendah dari dia. Satu hari tu persoalan saya terjawab..saya jumpa 'dapur' alat ambil ice dalam bilik air. Menggeletar saya rasa nak pitam. Baru tahu kenapa dia sangat berkira dengan saya.
Saya berdoa cuba pertahankan rumahtangga saya. Pelbagai usaha saya lakukan. Dalam masa yang sama saya semakin lemah..rasa down..dengan hinaan dia pada saya dengan bermacam gelaran. Sial, bodoh bangang, betina tu dah jadi hobi dia bila ada benda tak kena.
Halau dari rumah tah berpuluh kali. Saya balik semula sebab saya nak pertahankan rumahtangga tak nak jadi janda kali kedua. Yang saya pulak awal2 dulu saya lawan jugak tapi bila tau simptom orang ambil barang ni saya banyak diam dan sabar.
Akhirnya Allah dengar rintihan saya..penderitaan saya..Allah tarik rezeki dia..dia kena buang kerja. Ingatkan dah insaf menyesal..tapi makin galak hina saya lagi walaupun saya dah bantu sediakan makanan. Cuma tak mampu nak bayarkan sewa rumah.
Satu hari tu dia mintak duit pada saya. Saya tak beri sebab saya baru repair kereta saya..dia provoke hina maki saya dah suruh saya blah. Saya tengok dia macam nak mengamok saya cepat2 dukung anak keluar saat itu juga(kini dah 3bulan tak balik2 dan tak nak balik lagi dah). Hampir 2 bulan dia senyap.
Kemudian mesej merayu suruh saya pulang kepangkuan dia. Demi Allah saya keluar rumah kerana diprovoke suruh keluar bukan saya tinggalkan dia kerana dia dah tak bekerja. Allah sayang saya dijauhkan saya dari hidup dengan maki hamun ni. Dia pujuk hati saya dah kosong..saya mula bersemangat nak mula kan hidup baru dengan anak2.
Saya bagi dia 3 syarat tapi agaknya dalam tak sedar sebab dah memang hati itu hitam dia termesej ' aku nak anak aku darah daging aku je. Anak yang dulu kau main sedap2 aku yang kena tanggung' Allah..Allah petunjuk dariNya. Memang seharusnya saya tinggalkan dia.
Saya tak sabar nak bina hidup dengan anak2 saya..didik mereka dekat dengan Allah..
Sumber : kaki share
Sumber :
loading...
0 comments:
Post a Comment