loading...
Hanya dua daripada sepuluh aplikasi arah kiblat yang diuji menunjukkan arah kiblat yang tepat, manakala tujuh lagi tersasar antara lima hingga 10 darjah kiri dan kanan dari arah kiblat, dan satu lagi tersasar sehingga 45 darjah, lapor Berita Harian.
Ujian yang dijalankan oleh akhbar tersebut dan kerjasama Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM) menyatakan dari sepuluh aolikasi berkenaan hanya myJakim dan Qibla Kaabah yang menunjukkan arah yang tepat.
Yang dipertua Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM), Syed Kamarulzaman Syed Kabeer menasihati orang ramai supaya tidak terlalu bergantung kepada aplikasi itu kerana ia mempunyai kelemahan, ataranya gangguan tarikan medan magnet.
“Walaupun sudah ditentu ukur, ketepatan arah kiblat menggunakann aplikasi itu boleh dipertikai kerana terdapat gangguan dan kelemahan lain seperti medan magnet.”
“Peralatan dan sumber elektrik yang berada di sekitar kawasan juga mengganggu fungsi kompas kerana setiap wayar peralatan itu akan mengeluarkan medan elektrik.
“Gangguan terbesar adalah besi yang berada di sekeliling dan walaupun kita tidak melihat kewujudan besi, di dalam setiap bangunan atau lantai mempunyai besi yang tertanam.
“Gangguan yang tidak nampak inilah menjadi kelemahan terbesar aplikasi berkenaan,” tambahnya.
Menurut beliau, apa yang lembih membimbangkan ada dakwaan yang menyatakan ada antara aplikasi terbabit dihasilkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang hanya mahu mengaut keuntungan.
Akhbar berkenaan turut menyatakan ada pihak dengan sengaja menghasilkannya dengan tidak menghala ke Kaabah bagi tujuan tertentu.
"Terlalu banyak aplikasi ini sehingga boleh didapati dengan mudah dan percuma, malah kita tidak tahu aplikasi mana yang sudah diiktiraf dan pada masa sama atas dasar apa serta formula apa aplikasi ini diwujudkan," kata Syed Kamarulzaman lagi. -
Sumber:bharian
via Bin Usrah
Sumber : GengViral
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment