Terkini

Elfira Loy Bergaduh Di Instagram Kerana Di Kutuk Terdesak Tak Laku

loading...
SIAPA yang tak bengang kalau kebahagiaan yang dikongsi kepada umum dikritik oleh orang yang langsung tidak mengenali diri kita secara peribadi?

Begitulah senario yang terjadi kepada pelakon Elfira Loy apabila memuat naik gambar sambutan hari lahir teman baiknya, Sufian Suhaimi di Instagram.

Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan mulut tukang komen yang tidak berapa nak sopan tu, Elfira telah bertindak membalas kembali kata-kata pedas pengikut tersebut.

Ceritanya bermula apabila seorang pengikut Instagram Elfira yang bernama @liyanaabakri meninggalkan komen kurang ajar berbunyi:

“Baim yang hensem tu dah tak nak ke dia…sufian muka nerd pun jadilah…terdesak kot orang cakap tak laku. Geng2 umur dia semua dah kahwin.”
Amboi, pedas mulut kau ye dik!

Tidak boleh berdiam diri lagi kerana mungkin berasa dirinya tercabar, Elfira dengan pantas membidas kembali komen @liyanaabakri itu:n

“@liyanaabakri mulut awak tu dah bole campak masuk longkang.”
Komen balasan Elfira itu mendapat sokongan padu daripada peminatnya sehingga tercetusnya peperangan papan kekunci berskala ‘mini’ di ruangan komen gambar tersebut.

Kot ye pun tak suka lihat kebahagiaan orang lain, diam-diam sahaja cukuplah. Mengapa perlu tinggalkan kata-kata yang sinis dan menyakitkan hati orang lain? Tiada etika langsung semasa menggunakan media sosial! 


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.