loading...
Sakitnya sendiri sampai bengkak-bengkak hingga ada yang langsung tidak boleh bergerak apabila diserang penyakit gout. Gout adalah gejala yang bersangkut-paut dengan kondisi sendi di mana metabolisma tidak normal yang mucul dalam asid urik telah menyebabkan arthritis (radang sendi).
Gout boleh merebak ke beberapa bahagian tubuh termasuklah telinga, pergelangan tangan, lutut, pergelangan kaki dan sambungan sendi-sendir kecil pada bahagian tangan.
Untuk pengetahuan anda, kadar asid urik yang tinggi dalam tubuhlah menyebabkan kemunculan masalah gout ini. Oleh itu, adalah amat penting untuk individu yang berisiko melakukan senaman, mengurangkan pengambilan alkohol, meredakan stress dna tekanan, mengurangkan pengambilan protien dna sebagainya. Namun, gout juga boleh berlaku kerana genetik.
Ini 13 makanan semula jadi yang baik untuk diamalkan oleh para pesakit Gout:-
#1 Ceri
Ceri mengandungi sifat antioksidan tinggi. Ia adalah penawar terbaik yang boleh mengurangkan radang sendi yang menyebabkan gout kerana ia turut mempunyai anthocyanin. Cuba makan 15 hingga 20 biji ceri sehari tetapi jaga-jaga, ceri boleh membuatkan anda mengantuk!
BACA: ELAKKAN, 6 MAKANAN YANG BUAT ANDA JADI LETIH & NGANTUK
#2 Halia
Halia pun boleh mengurangkan radang! Cuba masukkan hirisan halia sebagai rencah masakan harian anda. Cara lain, anda boleh merebus halia bersama air dan meminum campuran tersebut setelah air sejuk. Jika tidak gemar meminum air rebusan, anda juga boleh menjadikan halia sebagai pes (hancurkan halia dan gabungkan dengan air) dan sapukan pes tersebut pada bahagian sendi yang terasa sakit. Biarkan pes mengering di kulit selama 30 minit sebelum mencucinya.
#3 Air
Jika anda sering bengkak-bengkak adalah mustahak untuk anda kekal hidrat. Minum air dengan banyak kerana ia akan bantu menyajh kandungan asid urik yang berlebihan dari badan. Ini sedikit sebanyak bisa bantu untuk mengawal penyakit gout anda.
#4 Cuka Epal
Kadar asid yang terkandung dalam cuka epal akan bantu mengurangkan kesakitan serta radang yang disebabkan gout. Campurkan satu camca teh cuka epal di dalam satu gelas air putih. Minum ia dua hingga tiga kali sehari. Jika ia membantu anda boleh tingkatkan nisbah campuran cuka epal ke dalam air minuman anda.
#5 Air Sejuk
Sensasi kesejukan sesungguhnya mampu mengurangkan bengkak. Oleh itu, cuba berendam atau rendamkan bahagian yang sakit seperti pergelangan tangan atau kaki di dalam air sejuk. Tetapi jaga-jaga, jangan gunakan ais batu kerana ais akan bertindak sebaliknya dengan merosakkan kondisi kulit serta menjadikan gout lebih teruk.
#6 Pisang
Kadungan potassium yang tinggi dalam pisang akan mengubah asid urik kristal dalam tubuh menjadi cecair, seetrusnya mudah dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu, pisang turut mengandungi vitamin C yang bisa mengurangkan bengkak dan kesakitan. Makan 2 biji pisang setiap hari okay?
#7 Serbuk Penaik
Serbuk penaik atau baking soda berkesan mengurangkan asid urik dalam tubuh yang merupakan punca utama kemunculan gout. Campurkan setengah camca teh serbuk penaik ke dalam segelas air putih. Minum ia 4 kali sehari selama 2 minggu berturut-turut. Jika umur sudah melebihi 60 tahun, minum hanya 3 kali sehari.
#8 Arang Aktif (Activated Charcoal)
Arang bisa menyerap asid urik yang seterusnya bantu mengurangkan kesakitan gout. Anda boleh berendam dan mandi dengan air yang dicampur dengan arang aktif mahupun campurkan ia denga sedikit air untuk dijadikan pes dan disapu ke seluruh bahagian yang bengkak dan sakit disebabkan gout.
#9 Garam Epsom
Mengandungi magnesium yang tinggi berfungsi untuk mengurangkan kadar tekanan darah. Redamkan bahagian yang terlibat dalam air garam epsom untuk mengurangkan bengkak serta-merta.
#10 Senaman
Masalah masayarakat masa kini adalah kita tidak rajin untuk bersenam. Bersenam bertindak untuk menormalkan kembali kadar insulin dalam badan yang akan mengurangkan radang dalam sistem badan!
#11 Epal
Epal mengandungi asid malik yang bantu mengurangkan asid urik. Boleh hilangkan kesakitan dan bengkak juga!
#12 Jus Lemon
Cara terbaik untuk legakan gout adalah dengan mengurangkan kadar asid urik dalam darah. Jus lemon akan meneutralkan kembali kadar asid urik. Campurkan jus lemon segar bersama satu camca teh serbuk penaik. Ia akan berbuih dan sebaik ia berhenti berbuih, masukkan pes tersebut dalam segelas air dan minumnya dengan segera. Cara lain, minum campuran jus lemon dan air putih 3 gelas sehari.
#13 Katakan Tidak Pada Gula, Air Bergas, Alkohol dan Kafien
Dengan mengurangkan pengambilan gula akan mengurangkan risiko anda untuk diserang gout. Juga, tinggalkan alkohol kerana ia akan meningkatkan kadar asid urik dalam darah.
Selamat beramal!
via Bin Usrah
Sumber : GengViral
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment