Terhangat

'Saya menyesal terlanjur dengan kawan baik isteri...'

loading...

Dari Facebook Oh! Media

Assalamualaikum. Saya tak tahu nak luahkan pada sesiapa. Saya buntu. 

Saya sudah berkahwin tetapi belum mempunyai anak. Dua bulan yang lalu, kawan baik isteri datang dari kampung nak mencari kerja di Kuala Lumpur. Jadi, dia menumpang teduh di rumah kami dulu sementara nak mencari kerja. 

Selama dia menumpang di rumah kami, dia rajin buat breakfast untuk saya dan isteri. Rajin kemas rumah kami. Kadang-kadang saya balik kerja, dia sambut depan pintu.

Masalah bermula bila ada satu hari saya Mc sebab demam. Dialah yang menjaga saya, letak kain basah di kepala. Masa itu isteri saya bekerja, entah bagaimana saya boleh terlanjur dengan kawan baik isteri saya sendiri. 

Saya sangat menyesal selepas peristiwa itu. Sekarang, dia sudah duduk di rumah sewa. Apa yang menakutkan saya sekarang ialah, dia kata dia sudah mengandung. Saya tidak tahu nak hadap macam mana. 

Saya sayangkan isteri saya dan tidak sanggup kehilangan isteri saya. Dialah yang banyak membantu saya. Rumah, kereta apa semua dia yang bayarkan. Saya kerja despatch sahaja. 

Sekarang, perlukah saya beritahu perkara sebenar kepada isteri saya? Saya tidak sanggup kehilangan isteri saya. 


Sumber : brodespatch
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.