Terkini Viral

[VIDEO] 'Kedai Melayu Kau Sita, Kedai Lain Kau Tak Rampas' - Peniaga Naik Angin Gerai Diserbu, Nekad Bawa Lari Lori MBPP

loading...

Bengang gara-gara gerainya diserbu, dua lelaki bertindak membawa lari lori milik penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Kejadian yang berlaku di Jalan Tanjong Tokong itu menyaksikan sorang lelaki yang memandu lori tersebut dalam keadaan marah sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap MBPP.

Dia turut mendakwa MBPP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng rasis apabila hanya menyerbu dan menyita gerai yang dimiliki peniaga Melayu.



Video tersebut menjadi tular di media sosial dan dapat disaksikan dalam rakaman tersebut beberapa buah motosikal dipercayai penguatkuasa MBPP sedang mengekori lori berkenaan.


Lucunya lori tersebut dipandu terus menuju ke Balai Polis Pulau Tikus dan sebaik tiba, mereka terus membuat laporan. Menurut mStar Online, salah seorang peniaga yang terlibat dalam kejadian itu adalah Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain, 27.

Dia memberitahu pemberita tindakan melarikan lori tersebut dilakukan selepas anggota penguatkuasa MBPP menyita meja dan kerusi di gerai makannya tanpa memberikan sebarang notis.

Menurutnya lagi ini adalah percubaan kali ketiga MBPP menyerbu gerai. Sebelum ini Mohammad Haziq telah cuba memohon lesen dari MBPP tetapi ditolak. 



Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.