loading...
Tak Mahu Gaduh, Adira Beraya Dengan Anak Di Ranau
Hari raya bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah pasti pasangan suami isteri akan menetapkan kampung mana dulu untuk beraya.
Bagi Adira, sebagai isteri kedua, dia hanya meletakkan keputusan untuk sambutan perayaan kepada suaminya iaitu Dato Red.
Adira dan Datin Red (isteri pertama) telah mengamalkan sikap bertimbang rasa sejak dari awal bernikah.
Ini komen Adira:
“Sebagai isteri, saya lebih senang meletakkan keputusan itu kepada suami. Ia lebih baik daripada kita mahu bergaduh hingga mengganggu-gugat keharmonian rumah tangga juga hubungan kekeluargaan dengan isteri pertama.
“Bukankah suami itu ketua keluarga, jadi saya percaya apa juga keputusan diambil adalah yang terbaik untuk kedua-dua pihak,”
“Kalau suami tidak bersama saya pun ia tidak perlu dijadikan isu. Buat apa hendak gaduh-gaduh, bukankah kita beraya sebulan. Banyak lagi masa untuk suami dan saya beraya bersama,”
Tahun ini, Adira memberitahu dia akan beraya di kampung halamannya di Ranau, Sabah bersama anaknya, Anggerik.
Sudah tentu tahun ini persiapan dibuat Adira untuk menyambut Aidilfitri lebih meriah dengan kehadiran Anggerik.
Ini komennya:
“Biasanya saya menyambut hari raya secara bersederhana. Hendak membeli sakan baju raya untuk Anggerik pun takut nanti hanya pakai sekali.
“Budak-budak tengah hendak membesar, nanti kalau beli baju berpasang-pasang pakainya hanya sekejap. Tambah pula harga baju budak-budak sama harganya dengan orang dewasa,”
Dato Red bernikah dengan Adira dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Anggerik.
Bersama isteri pertama Datuk Red, pasangan ini mempunyai tiga orang anak.
Sumber : berita memey
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment