Terkini

"Tidak Bekerja dan Tidak Bergaji Selama 6 Bulan", Doktor Haiwan Ini Kongsi Kisah Apa Yang Dilakukan Memang "worth it"

loading...

Satu perkongsian bagi kakishare amat mengetuk hati . Seorang doktor haiwan yang tidak bekerja selama 6 bulan kongsi bagaimana cara dia tidak berputus asa untuk terus berusaha . Tapi cara dia berusaha itu sangat jarang orang buat . Alhamdulillah ! Berkat sabar .

Macam mana saya boleh berniaga #tapaiciksiti #ketupatpalas & #nasidagang
Saya tidak bekerja dan tidak bergaji selama 6 bulan bermula Oktober 2016 - April 2017.

Jadi, saya mulakan dengan membuat tapai pulut daun getah. Pada mulanya hanya suka2. Sedekah ke jiran sana, jiran sini. Sejak daripada tu, tak sangka hasil sedekah tu, ramai yang berkenan dan mula ambil tempahan. Dalam masa 2 bulan. Sedikit kejutan budaya untuk saya bila tempahan di luar jangkaan untuk kenduri kahwin, tahlil dsb.

Kemudian, saya tambah 1 menu lagi. Ketupat palas. Pada mulanya saya hanya bagi hadiah ketupat palas percuma untuk pelanggan yang tempah tapai. Tapi, tempahan melebihi apa yang saya sangkakan. Sampai tak menang tangan, dan sampai nak tercabut bahu hari2 siapkan tempahan.

Kemudian. Saya tambah 1 lagi menu. Nasi dagang. Saya masih guna konsep yang sama. Saya hadiah & sedekahkan nasi dagang untuk pelanggan terpilih yang tempah tapai & ketupat. Ada juga hadiahkan pada jiran. Dan sekali lagi, sambutan terhadap nasi dagang juga di luar jangkaan. Alhamdulillah. Walaupun 6 bulan berhenti kerja dan tak bergaji. Allah buka pintu rezeki. Pokok pangkalnya usaha.

Bohong la mula2 terus yakin. Mula2 nak buat tapai. Persoalan 'siapa nak beli' menjadi penghalang terbesar. Tp berjaya atasi bila semakin hari, tempahan semakin menjadi2.

Sekarang bila dan kembali bekerja dan bergaji, terpaksa perlahankan aktiviti. Tapi tak akan berhenti di sini. Mana tau akan datang buka kedai makan ke.(berangan tak salah. Dulu pun saya berangan nak buka klinik) ðŸ˜…😅

Sampai ke harini, pelanggan2 setia saya duk tertunggu2 dan tertanya2. 'What's next' daripada saya. Menu apa lagi lepas ni? Tunggu ya. InsyaAllah.

Saya tak riak cuma berkongsi. Yang positif ambil, yang negatof buang jauh. Syuh. Syuh.

#RestoranWarisanMokAmbe #KlinikVeterinarFamilyDanSurgeri
#taksalahberangan

Fb : Tun Teja


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.