loading...
Hampir 1,000 penduduk Kampung Hidayat hilang tempat kediaman serta tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dijilat api. Kira-kira 250 buah rumah terlibat dalam kebakaran pada Sabtu petang.
Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 3 petang dan tiba di lokasi 15 minit kemudian. Ketika bomba sampai di lokasi, lebih 100 buah rumah telah pun musnah dan kebakaran hanya dapat dikawal pada pukul 5 petang.
Pihak bomba turut mengalami kesukaran untuk masuk ke lokasi kerana tindakan penduduk yang meletakkan kenderaan di kiri dan kanan bahu jalan sehingga jentera bomba agak sukar masuk ke kampung berkenaan.
Malah tekanan air yang rendah juga menjadi satu masalah sehingga terpaksa mengambil air dari kolam dari kawasan kilang papan berhampiran. Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment