Terhangat

'Inilah kesan keracunan produk kosmetik, mata bengkak teruk'

loading...

Kebiasaannya saya akan pakai eye shadow dari cream blush saya sahaja. Pernah juga pakai jenama lain tetapi jenama yang saya dah biasa pakai sebelum ini yang dibeli dari Sasa atau Sephora. Tak pernah beli jenama lain. Lagipun saya bukan kaki make up pun. Saya biasa make up bahagian mata dengan lip matte. Muka memang bebas dari bedak atas faktor tak berapa rajin.

Kebetulan pula ada kawan yang meminta saya review produk dia. Saya tak salahkan dia dan dia pun tak tahu, kan. Saya sendiri tak tahu tahap sensitif kulit saya ini. Tetapi apa yang doktor maklumkan, saya keracunan produk kosmetik. Sebab saya pakai pun hanya sekali saja dan terus menjadi begini. 



Betullah agaknya kulit saya ini dah manja dengan bahan natural organik. Kalau nak make up pun kena beli produk kosmetik yang agak mahal harganya itu. Jadi, bila saya pakai produk itu memang okay sahaja. 

Raya pertama saya terus pergi ke klinik dan disuntik di bahagian punggung. Doktor juga beri segala jenis untuk untuk dimakan. 

Selepas itu, malam raya pertama, suami pula beri isteri dia makan kuah kacang yang di dalamnya mengandungi kacang dan udang kering. Siang balik dari klinik okay saja saya makan kuih raya. Kuih raya pun tak boleh sebenarnya, sebab di dalamnya ada mengandungi telur.


Bangun pagi keesokan hari, bahagian mulut dan mula naik ruam dan bengkak di sekeliling mulut. Kesan dari makan kuih raya dan kuah kacang semalam. Terus hari raya kedua itu saya pergi berjumpa dengan doktor semula. Risau, mata macam dah semakin membengkak. Takut meletup pula. Haha!

Doktor kata, perkara itu berlaku sebab dalam darah saya tengah alergik. Jadi bila makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan, ia juga boleh menyebabkan kesan alergik. 


Kesan selepas disuntik, bengkak mata saya akan surut ke bawah. Nampak gambar raya kedua saya yang dah mula nampak kelopak mata. Cuma bengkak di bahagian bawah mata itu semakin membesar. Dah sama rata dengan batang hidung. Itu kesan normal dan bengkak di bawah itu nanti akan hilang. Jadi, selepas ini kena pantang makan betul-betul. 

Mata asyik nak tidur saja sebab doktor ada beri ubat tidur. Lagipun mata rasa berat. Bayangkan nak buka mata pun kena angkat kening. Kak Long Ecah siap tanya, "Mak, nampak saya tak?" siap melambai-lambai pada saya. Suami pula kata, "Walaupun you tak cantik, tapi I tetap sayang pada you.". 

Hahaha! Malas nak layan. Tengah macam ni, silap-silap kena 'makan'. 


Dan kali kedua pergi klinik, doktor beri suntikan lagi di bahagian lengan. Alhamdulillah hari raya ketiga bengkak dah mula surut. Cuma kulit rasa kering sangat tetapi bengkak masih ada lagi. Kira okay juga, mata dah boleh buka besar sikit. 

Pengalaman ini sangat berharga. Selalu tengok gambar viral orang salah pakai make up, mulut, mata dan muka semua bengkak. Sekali, saya sendiri yang terkena. 

Saya nak pesan kepada semua, berhati-hatilah ye. Kadang-kadang kita nak nampak cantik, tetapi kualiti produk kita tolak ke tepi dulu. Janji produk murah dan mampu milik. Sebaik-baiknya, kenal pasti dahulu bahan yang ada dalam produk yang kita nak pakai itu. 

Konsep yang saya amalkan dari dulu, biar mahal janji berkualiti. Sebab kulit kita, badan kita, kesihatan kita sendiri. Nanti dah sakit, duit kena keluar. Masa kita terbuang ulang-alik jumpa doktor. Kita pun boleh down mood dah ting tong, kan. 

Sekarang mata saya tengah rasa kegatalan sebab kering sangat. Yelah, selepas mata kena tarik, lepas kuncup sikit kering yang amat. Keliling mata agak gelap, perit, tak boleh panas-panas, tak boleh menangis. Nanti semakin pedih pula. Nasib baik mood saya happy saja. 

Hari ini mula buat masker carrot untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan dan terasa rajin pula saya nak tempek krim mata. Betullah, setiap kejadian ada hikmahnya. Kalau sihat, tak kuasa nak pakai krim mata, kan? Hehe! Nasib baiklah semua boleh buat sendiri. Mungkin Allah nak saya memahami perasaan orang yang kulitnya sensitif sebab dulu saya tak begini. Elok saja pakai make up tiruan selamba begitu saja. Hahaha! 



Sumber : brodespatch
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.