loading...
Isu antara Shahir dengan Mona Syamimi memang menjadi viral dan telah menjadi tajuk utama dalam media hiburan tanah air pada minggu ini.
Kontroversi melanda Shahir membuatkan penyanyi ini mahu tarik diri dari pentas final AF Megastar yang sepatutnya berlangsung Ahad ini. Kata Shahir, banyak dugaan dan sabotaj yang mahu menutup periuk nasi nya sebagai penyanyi.
Oleh kerana Shahir mahu menarik diri dari AF Megastar, kekasih hatinya Erra Fazira telah menghubunginya dan mahu dia meneruskan persembahan di pentas final.
Erra Fazira memujuk Shahir untuk beraksi di AF Megastar dan dengan tiada belah bahagi, menyokong penuh penyertaan Shahir.
Penyanyi dan pelakon hebat ini percaya ramai peminat Shahir mahu melihat juara Akademi Fantasia musim kelapan itu bersaing pada peringkat akhir AF Megastar dan amat rugi jika Shahir menarik diri.
Erra Fazira juga berharap Shahir dapat terus fokus pada pertandingan itu yang kian menghampiri kemuncaknya.
Kata Erra Fazira lagi, apa yang berlaku ada hikmah nya dan segala yang berlaku haris dijadikan pengajaran dan teladan.
Malah kontroversi yang berlaku ini merupakan asam garam kehidupan sebagai artis.
Ini kenyataan Erra Fazira:
"Saya berharap dia tidak terlalu mengikut perasaan. Apa yang dihadapinya adalah perkara biasa dan menjadi asam garam dunia artis.
"Mungkin tampak senang untuk bercakap sedemikian kerana bukan kita yang mengalaminya. Namun, selepas berjuang sejak awal dalam pertandingan ini, hingga mara ke peringkat akhir, dia kenalah kuat semangat,"
"Saya percaya, ramai peminat yang sayangkan bakatnya. Ramai juga yang mahu melihat dia beraksi di pentas akhir pertandingan itu,"
"Dalam seribu kekalutan yang muncul, ada pengajaran yang boleh kita sama-sama belajar daripadanya. Kalau nak ambil yang negatif, maka negatif jadinya,"
Semalam, menerusi laman Instagram, Shahir dilihat tertekan dan membuat pengumuman mahu menarik diri dari AF Megastar.
Ini setelah Mona Syamimi membuat kemunculan secara live di FB harian Metro mendedahkan bukti mesej whatsapp Shahir dan Mona Syamimi selain memberitahu hubungan sebenar mereka.
Kata Mona Syamimi, dia dan Shahir merupakan kawan dan sering keluar bersama.
Sumber : berita memey
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment