Orang Amerika Ini Datang Untuk Gadaikan Emasnya Di Kedai Milik Pelarian Syria Ini, Apa Yang Berlaku Akan Buat Anda Menangis !!! | KITA VIRAL – Betapa indahnya hidup ini jika kita saling tolong menolong tidak kira siapapun yang memerlukan pertolongan. Moga kisah ini menjadi inspirasi pada semua.
Menerusi satu rakaman disebuah kedai emas yang dimiliki oleh seorang warga negara syria ini pasti menyentuh hati yang melihatnya.
Pemuda ini tengah menyusun barang kemas untuk disimpan kerana ingin menutup kedainya. Ketika sibuk mengemas barangan dalam peti simpanan.
Kedainya tiba-tiba didatangi tiga orang yang bercadang untuk menjual rantai emas mereka. Kelihatan tiga orang itu masih muda.
Mereka menghampiri pemilik kedai emas berkenaan lalu menghulurkan rantai emas tersebut untuk dinilai keasliannya oleh lelaki tersebut.
Lelaki itu pun membuat penilaian terhadap rantai itu, setelah membelek rantai itu, dia sedikit gusar melihat ketiga-tiga orang yang datang itu masih muda.
Oleh kerana itu, lelaki itu pun bertanya kepada mereka mengapa ingin menjual rantai ini? Salah seorang yang lebih tua dari ketiga mereka berkemungkinan si kakak menjawab kerana mereka memerlukan wang untuk perbelanjaan.
Si kakak menjelaskan mereka tidak ada lagi duit untuk berbelanja harian melainkan hanya dengan menjual rantai ini untuk mendapatkan duit.
Lelaki itu menyerahkan kembali rantai itu kepada si kakak, kemudian lelaki itu terus menyambung menyimpan peti emas yang dikemasnya awal tadi.
Ketiga beradik tadi sabar menunggu disangka lelaki tersebut tidak mahu membeli emas tersebut kerana mereka masih muda.
Namun setelah selesai menyimpan beberapa peti tersebut, lelaki itu mengambil semula rantai emas dari mereka bertiga lalu melakukan penilaian sekali lagi.
Tiba-tiba lelaki itu berhenti menilai lalu bertanya adakah hanya alasan kerana tiada duit untuk berbelanja harian mereka terpaksa menjual rantai itu?
Si kakak itu menjawab ‘yaa, rantai emas itu merupakan hadiah pemberian dari ibu saya, namun saya menghadapi masalah sekarang sehingga saya perlu menjualnya’.
Lelaki itu tercengang mendengar jawapan si kakak tersebut, kemudian dia bertanya berapa wang yang diperlukan oleh mereka?
Si kakak mengatakan tidak tahu berapa banyak namun mungkin dengan harga rantai tersebut dapat membantu mereka.
Tanpa berlengah, lelaki pemilik kedai itu terus mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Lelaki itu mengeluarkan seikat duit yang agak banyak lalu mengira beberapa helai duit kertas lalu diberikan kepada mereka bertiga.
Mereka menyangka lelaki itu akhirnya bersetuju membeli rantai tersebut, namun ketika si kakak mengambil wang yang diberikan. Lelaki ini melakukan sesuatu yang memeranjatkan ketiga beradik tersebut.
Selepas pemilik kedai emas itu memberi wang, dia kemudian menyarahkan rantai tadi kepada si kakak semula. Melihat akan itu, mereka bertiga terkejut dengan tindakan lelaki itu.
Mereka terkejut hingga menangis namun menolak untuk mengambil rantai itu kembali. Lelaki itu tetap berkeras mahu menyerahkan kembali hingga mereka terpaksa akur. Lelaki itu mengatakan bahawa itu hadiah dari ibu mereka.
Mereka begitu terharu dengan kebaikan lelaki tersebut kerana sudi menolong mereka saat kesempitan. Mereka mengucapkan rasa berterima kasih.
Lelaki itu juga memberikan nombor telefonnya kalau-kalau mereka memerlukan apa-apa pertolongan darinya. Ketiga adik beradik itu menangis terharu.
Sebelum beredar, lelaki itu berpesan agar mereka menjaga ibu mereka dengan baik dan jika suatu saat nanti mereka betul-betul terpaksa menjual rantai itu juga, sila datang ke kedainya.
Lelaki itu merupakan pemilik kedai emas berasal dari syria dan tinggal di dallas, amerika syarikat.
Lihat video rakaman CCTV tersebut :
Posted by Aang Kunaivi on Thursday, January 26, 2017
Sumber : Fb Aang Kunaivi
The post Orang Amerika Ini Datang Untuk Gadaikan Emasnya Di Kedai Milik Pelarian Syria Ini, Apa Yang Berlaku Akan Buat Anda Menangis !!! appeared first on KITA VIRAL.
Sumber : kitaviral
0 comments:
Post a Comment