Terkini Viral

(TERKINI) Pramugari, Mona Syamimi Dedah Bukti Mesej WhatsApp Shahir Luah Kata Rindu

loading...


Petang tadi, melalui temubual eksklusif bersama Harian Metro, Mona Syamimi, pramugari yang dikaitkan dengan Shahir tampil memberi kenyataan tentang hubungan mereka.

Mona Syamimi akui terasa hati apabila Shahir AF membuat kenyataan yang mendakwa dirinya sekadar peminat sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Pramugari ini juga turut mendedahkan beberapa mesej yang diterima beliau dari Shahir AF yang menunjukkan penyanyi itu mahu keluar bersama setiap hari selain sudah meluahkan kata rindu, love.

Mesej itu ditunjukkan  kepada orang ramai dengan nama "Shahir AF8" dan ianya bukanlah mesej baisa seperti artis dengan peminat.

Jom baca kenyataan penuh Mona Syamimi:

"Saya sebenarnya kawan kepada Shahir, bukan peminat atau penyokong.

"Sebagai kawan, saya keluar berdua dan ada beramai-ramai, tapi kalau peminat rasanya tak keluar berdua kot"

"Kenal melalui IG, dan bertukar nombor. Kami keluar dinner, tengok wayang. Kitorang pernah lepak dari malam sampai pagi berdua.

"Apabila keluar sudah tentu orang perasan itu Shahirm tapi tidak ada yangh menegur.Kalau keluar berdua, dia yang akan ambil saya kat rumah"

"First time keluar sebagai kawan, dan kerap kali keluar berdua dan dia ada meluahkan perasaan dia, dan mula slow-slow kenal each other.

"Saya macam terasa dengan apa yang diberitahu kepada media. Tidak mungkin dia (Shahir AF) keluar setiap hari dengan peminat, mesej setiap hari dan luangkan masa bersama dari siang ke malam bersama peminat?"

"Ramai kata saya sekadar mahu mencari publisiti murahan tetapi jika perkara ini diakui sendiri oleh pihak sana mungkin ianya tidak berlarutan begini,”

"Dia memberi harapan kepada kita, mungkin beri harapan, selama I keluar dengan dia, I hanya fokus kepada dia sahaja, tak keluar dengan orang lain tapi tak sangka bila jadi macam ni, I jadi peminat saje.

"Sekali lagi saya nak cakap, pasal statement Shahir bahawa saya hanya peminat itu tak betul, takkan peminat keluar hari-hari, luah rasa rindu

"Saya rasa seperti dimainkan dan dimalukan, saya anggap dia sebagai kawan, dia anggap saya sebagai peminat. Takkan dia luah rasa rindu kepada peminat

"Buat masa sekarang saya tak nak bercakap dengan Shahir kerana terasa hati dengan statement peminat itu dan Shahir ada cuba hubungi saya dan ada ganggu rakan saya

"Don’t be fake la Shahir, just beritahu perkara yang betul dan jangan cerita perkara lain, jangan tipu, jangan sampai bukti lain yang keluar. Bukan saya mahu mengugut"

"Sekarang ni Shahir yang menjatuhkan I, bukan I yang jatuhkan Shahir.

Mona Syamimi kemudian cuba menelefon dan menghubungi Shahir secara live namun panggilan itu tidak dijawab.

Pramugari ini juga akui gosip yang melanda ini mengganggu kehidupan dan pekerjaannya malah terasa hati apabila ada yang kata dia gila glamor.

Itulah pendedahan terbaru dari Mona Syamimi tentang isu hubungan dengan Shahir.

Sebelum ini Shahir  AF ada membuat kenyataan akan berkahwin dengan pelakon popular Erra Fazira pada awal tahun depan.

Shahir kini sedang sibuk dengan persiapan untuk konsert akhir Akademi Fantasia

Sumber : berita memey

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.