Terkini

"Saya terkejut dengan tindakan Emma" - Zahirah Macwilson

loading...


Pelakon jelita, Zahirah Macwilson terkejut dan kesal dengan tindakan Emma Maembong.

Ini apabila Emma Maembong telah memetik nama  Zahirah Macwilson dalam temubual bagi menjawab status hubungan dengan kekasihnya, Kamal Adli yang dikatakan sedang bergolak.

Bagi Zahirah Macwilson, tindakan Emma Maembong itu seolah-olah mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta antara Emma dengan Kamal Adli.

Kata Zahirah Macwilson, memang tidak dinafikan ada ada pihak yang sengaja menjadi batu api bagi mengeruhkan lagi keadaan.

Ini penjelasan Zahirah Macwilson:

"€œMemang tidak adil apabila dia menyebut nama saya yang sekali gus meninggalkan persoalan. Apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan saya. Jadi kenapa perlu babitkan saya?

"€œSaya terkejut dengan tindakan Emma yang mengeluarkan kenyataan begitu sedangkan sebelum ini kami sudah berjumpa untuk menyelesaikan masalah ini.

Zahirah Macwilson menjelaskan dia sudah ada kekasih, jadi tiada isu ingin bersma Kamal Adli.

"€œSaya sudah ada kekasih. Buat apa saya nak rampas Kamal daripada dia? Malah, kekasih saya juga tahu mengenai perkara ini,”

"œApabila membaca kenyataan Emma, saya berdiam diri lagi kerana terbabit dengan penggambaran drama di Johor Bharu. Saya tak nak mengganggu kerja. Saya tunggu masa sesuai.

"€œSaya malas nak bersuara jika ia hanya masalah remeh. Namun, apa yang keluar saya anggap melampau kerana mengheret nama saya sekali. Saya perlu jelaskan perkara ini supaya orang berhenti menuduh saya yang bukan-bukan.


Zahirah Macwilson akui memang ada pihak yang jadi batu api.

"Bagi saya, perkara ini tidak kecoh jika tidak ada pihak yang bersikap batu api. Ia memburukkan lagi keadaan"

"Diakui di lokasi penggambaran semua orang rapat. Malah pengarah puji keserasian kami menjadi dalam drama ini.

Zahirah Macwilson juga mengatakan ingat Emma Maembong okey memandangkan dia ada muat naik video di laamn IG miliknya.

"€œEmma sendiri ada memuat naik klip drama ini dalam Instagramnya. Jadi, saya beranggapan dia okay.

"€œBagi saya, Emma patut percaya kekasihnya seperti mana saya lakukan. Lagipun isu ini ditimbulkan selepas sebulan saya terbabit dalam drama lain. Kalau Kamal dan Emma ada bergaduh sekali pun, itu urusan mereka. Kenapa saya perlu jadi mangsa?"

Itulah komen panjang lebar dari pelakon cantik Zahirah Macwilson. Zahirah Macwilson telah berganding dengan Kamal Adli sebagai pelakon utama dalam drama 'Duda Pilihan Dara'.

Dalam laporan Suria, Kamal Adli ada mengaku kesalahannya setelah dia kantoi dengan Emma Maembong melayan mesej dengan seorang pelakon wanita.



Sumber : berita memey

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.