Saintis Temui ‘Gelembung Transparan Sebesar Kereta’ Di Dasar Laut, Setelah Tahu ‘Itu Apa’, Mereka Terkejut Besar !!! | KITA VIRAL – Baru-baru ini di perairan Turki, di kedalaman 22 meter, ada penyelam menemui sebuah gelembung transparan super besar sebesar ukuran kereta.
Ketika dipegang, teksturnya terasa lembut, seperti jeli. Dari jauh tidak kelihatan begitu jelas, namun dari dekat ia kelihatan ada jutaan titik-titik kecil mengapung di dalamnya!
Gelembung ini dianggarkan sebesar 4 meter. Bertahun-tahun menyelam, ini pertama kali mereka melihat benda seperti itu, agak teruja bercampur takut, benda apa ini sebenarnya? Jangan-jangan telur alien!?
Namun tidak disangka-sangka, seorang ahli dari Museum of Natural History di Washington, DC, Michael Vecchione, membuat spekulasi bahawa gelembung besar itu kemungkinan adalah telur sotong raksasa.
Sebenarnya, pada awal 2008, di Teluk California, Amerika Syarikat, juga pernah ditemui telur sotong sebesar sekitar 4 meter, dari spesies dinamakan sotong Humboldt.
Menurut pengiraan, dianggarkan di dalam telur tersebut mengandungi 600,000 sampai 2 juta telur! Telur-telur yang ada di dalam hanya perlu 3 hari untuk menetas dan menjadi sotong kecil.
Ilmuwan juga menjelaskan telur sotong raksasa ini tergolong dalam spesies yang jarang dapat dilihat oleh manusia, kerana telur itu sendiri sangat cepat menetas, kemudian kedudukannya pasti di perairan yang lebih dalam, sehingga tidak mudah untuk ditemui.
Ilmuwan juga menafsir bahawa itu adalah telur dari spesies sotong merah (Ommastrephes bartramii). Sotong ini boleh membesar hingga sepanjang 1,5 meter!
Wah, banyak sekali perkara yang tidak kita ketahui tentang alam ini. Info ini menambahkan lagi satu ilmu pengetahuan kita. Semoga bermanfaat!
Sumber : dailymail
The post Saintis Temui ‘Gelembung Transparan Sebesar Kereta’ Di Dasar Laut, Setelah Tahu ‘Itu Apa’, Mereka Terkejut Besar !!! appeared first on KITA VIRAL.
Sumber : kitaviral.com
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
0 comments:
Post a Comment