Gadis Ini Koma, Namun Tiba² ‘Bangun’ Lalu Mengucapkan ‘Hal Mengejutkan Ini’ Buat Doktor TERDIAM Kaku !!! | KITA VIRAL – Seorang mahasiswi di Universiti Beijing dalam jurusan sejarah yang cantik dan muda ini di diagnosis menderita penyakit motor neuron disease (MND) pada bulan Januari 2016.
Penyakit ini merupakan penyakit mematikan yang dapat membuat pesakit perlahan-lahan kehilangan kemampuan untuk hidup sendiri.
Pesakit hanya mampu terbaring di tempat tidur, lalu perlahan-lahan koma, lalu meninggal. Divonis penyakit ini sama saja dengan divonis mati.
Setelah gadis 29 tahun ini mengetahui dirinya terkena penyakit merbahaya, dia terus memutuskan hubungannya dengan kekasihnya.
Penyakitnya merebak dengan sangat cepat. Kurang lebih 2 tahun sejak disahkan, Oktober ini, dia sudah pasti dalam keadaan koma.
Namun yang mengejutkan adalah, dia tiba-tiba bangun dan meninggalkan sebuah “wasiat” yang membuat semua pihak keluarga berserta doktor turut sedih.
Gadis yang dikenali dengan panggilan mesra, Tao itu mengatakan bahawa hidup ini bukan diukur dari “panjangnya umur”, tapi dari “apa yang telah dilakukan” semasa hidup.
Dia ingin meninggal dengan martabat. Dia juga berharap kedua orang tuanya agar tetap kuat serta redha melepas pemergiannya.
Setelah dia meninggal, dia berharap “kepalanya” boleh disumbangkan untuk kajian serta penelitian medik, berharap agar doktor dan ilmuwan dapat mengesan dengan cepat bagaimana mengubati dan cara untuk membendung penyakit ini.
Dia mengucapkan harapan tersebut secara lisan dan meminta tolong kepada jururawat untuk menulis wasiatnya.
Walau berat hati, si ibu menandatangani persetujuan penyumbangan organ tersebut. Sebagai seorang ibu, dia hanya ingin memenuhi keinginan terakhir puterinya.
Si ibu, Wang Yanmei, sangat bangga terhadap puterinya dan merasa dia telah memberi contoh yang terbaik. Dia juga bercadang untuk melakukan hal yang sama ketika dipenghujung usia nanti.
Saat ini, Tao masih terbaring di Hospital di Wuhan. Menurut peraturan, pesakit seharusnya sudah berada dalam keadaan “mati otak” atau “jantung berhenti” baru dibolehkan untuk dilakukan pendermaan organ.
Walaupun organ Tao masih normal, tetapi ada gejala infeksi, perlu diubati dahulu baru boleh untuk disumbangkan kepada penerima.
Setelah berita ini tersebar, sanak-saudara dan teman-teman mulai menziarahi serta menjenguknya. Netizen pun turut terharu.
Semoga pengorbanan Tao mendatangkan keajaiban bagi dunia kedoktoran, menemui penawar penyakit motor neuron disease dan menyelamatkan nyawa orang lain! Amin!
Sumber : ETNEWS
The post Gadis Ini Koma, Namun Tiba² ‘Bangun’ Lalu Mengucapkan ‘Hal Mengejutkan Ini’ Buat Doktor TERDIAM Kaku !!! appeared first on KITA VIRAL.
Sumber : kitaviral.com
Sumber : alamviral
0 comments:
Post a Comment