loading...
Wanita dari Mesir dengan berat 500kg atau setengah tan dipercayai wanita paling gemuk setakat ini.
Disebabkan terlampau berat, Iman Ahmad Abdulati langsung tidak boleh bergerak dari katil atau keluar dari rumahnya sejak 25 tahun lalu.
Memetik laporan dailymail.co.uk setiap hari, ibu dan kakak Iman akan menolong menukar baju, memberi makan dan memandikan wanita berusia 36 tahun ini.
Iman dilahirkan dengan berat 5 kilogram disahkan menghidap elephantiasis, satu jangkitan parasit menyebabkan badannya 'membengkak' kerana kandungan air dalam badannya.
Pada umur 11 tahun lagi berat badan yang berlebihan menyebabkan dia tidak mampu lagi berdiri. Dia merangkak untuk bergerak sekitar rumah.
Tapi tidak lama kemudian Iman mengalami strok cerebral. Sejak dari itu dia hanya mampu terbaring di dalam bilik, tanpa boleh melakukan apa-apa.
Pada masa yang sama berat badannya semakin bertambah. Keluarga Iman kini merayu kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi untuk bantuan perubatan kerana Iman berisiko maut tanpa rawatan sewajarnya.
Sumber : Tasikbiruselatan
Sumber :
loading...
0 comments:
Post a Comment