loading...
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis hari ini mengesahkan pemandu yang menyebabkan kematian seorang lelaki tempoh hari adalah OKU yang mempunyai masalah pembelajaran.
Pegawai dari JKM Pulau Pinang mengesahkan kad tersebut adalah asli dan dikeluarkan kepada remaja tersebut pada 2011. Doktor mencadangkan remaja tersebut menyertai program pendidikan khas ketika dia memasuki tingkatan 1.
Ketua Polis Daearah Seberang Perai juga turut mengesahkan suspek berusia 19 tahun itu mempunyai kad OKU.
Ibu suspek juga turut memaklumkan pihak polis anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis pada hari kejadian. Namun begitu kereta Gen 2 yang dipandu remaja tersebut tidak mempunyai kad OKU.
Hari ini viral apabila netizen memuat naik kad OKU dipercayai milik remaja terbabit. Dalam kemalangan tersebut remaja tersebut dipercayai positif methamphetamine, tapi polis semalam berkata ianya bukan meth sebaliknya amfetamina yang digunakan sebagai ubat untuk gangguan defisit perhatian (ADD).
Sumber : kaki share
Sumber :
loading...
0 comments:
Post a Comment