loading...
Dalam kejadian yang berlaku pada 2 Mei, di pasar raya Cowboy Batu Pahat itu, teman wanita mangsa, Scha Kyla, menjelaskan suspek pada awalnya mahu menjual iPhone 6 itu dengan harga murah kerana perlukan wang untuk balik ke Singapura.
"Dia jual iPhone 6, katanya nak balik Singapura. Dia nak jual murah-murah saja, RM300. Kami dah periksa dan tengok iPhone itu.
Bagaimanapun, Scha Kyla sempat mendapatkan nombor telefon suspek, 011-51163988.
Berdasarkan video yang dimuat naik, suspek dilihat berpaling ke belakang selepas mengeluarkan kad simnya dan pada kesempatan itu digunakan untuk menukar iPhone 6 tersebut kepada casing iPhone 6 sebelum diserahkan kepada mangsa.
Sebaik saja mangsa menyerahkan wang, suspek dengan segera menyuruh mangsa menyimpan 'iPhone 6' tersebut kerana bimbang dilihat oleh orang lain. Mangsa hanya akur dan terus menyimpan 'iPhone 6' tersebut dalam poket seluar tanpa memeriksanya.
Justeru, Scha Kyla menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika terjumpa dengan lelaki berkenaan dan menurutnya, sudah ramai yang menjadi mangsa penipuan golongan ini yang dipercayai melakukan kegiatan ini lebih dari seorang. - The Reporter

Sumber : GengViral
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment