Terkini Viral

Saya Tak Bodoh.. Saya Pernah Ambil Jurusan Undang-Undang - Fathia Latiff

loading...


Pelakon jelita Fathia Latiff sekali lagi menjadi tajuk utama apabila dikritik teruk kerana memuatnaik satu status yang menunjukkan pelakon itu keliru dengan maksud “cashless”.

Ramai mengecamnya kerana menunjukkan tidak faham apa itu 'cashless'.

Sehinggakan Redza Minhat pun turut menyindir nya di laman media sosial.

Ramai juga orang ramai menggelar sebagai seorangyang bodoh dan ada yang mengatakan Fathia Latiff hanya mahukan tumpuan orang ramai.

Apabila perkara ini berlarutan dan menjadi bualan ramai, Fathia Latiff tampil memberi penjelasan.

Kata Fathia Latiff, sebenarnya dia hanya memuatnaik tweet itu secara sarkastik memandangkan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu.

Ini komen Fathia Latiff:

"Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik. Saya menerima paparan skrin berita berkenaan daripada seorang kenalan. Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan sekarang ini.

"Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit adalah dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular. Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian berkenaan tweet yang dimuat naik. Ia hanya sekadar pandangan semata-mata. Kalau masyarakat mengambil ia sebagai perkara yang serius, susahlah. Kenapa tidak ambil dari sudut positif dan berusaha mengubah negara menjadi lebih baik

"Saya lihat tweet saya itu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai. Walaupun saya ini bukan sesiapa tapi netizen mengambil kenyataan saya itu sebagai sesuatu yang serius. Saya faham kenyataan YB Khairy Jamaludin berkenaan Cashless society itu. Ia bermaksud masyarakat tanpa tunai.

"Bagaimanapun cuba kita bayangkan kalau negara menjadi lebih teruk apakah yang akan berlaku terhadap ekonomi kita. Jadi tujuan saya memuat naik tweet itu secara tidak langsung membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif.

"Saya kenal diri saya dan saya pernah ambil jurusan undang-undang sebelum ini. Walaupun dikecam hebat, ia tidak menjatuhkan semangat. Saya percaya orang yang hentam itu kadangkala mudah terikut-ikut. Mereka tidak fikir secara mendalam apa yang saya sampaikan

Itulah kata kata dari Fathia seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Diharap dengan penjelasan ini dapat meredha isu ini dan janganlah mengecam Fathia Latiff lagi.

Dia seorang yang educated sudah tentu dia faham maksud 'cashless', cumanya tweet itu mengelirukan follower nya sahaja. Next time mungkin Fathia Latiff patut meletakkan hashtag #sarcastic, barulah netizen tak salah faham.

Sumber : berita memey

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.