Terkini Viral

Fathia Latiff Langsung Tiada Job, Tak Faham Kenapa Selalu Kena Kecam

loading...
 
Pelakon Fathia Latiff kini akui langsung tidak ada tawaran berlakon selepas kontroversi yang menlandanya.

Ini bermula dengan kisah video Bigo yang tersebar bersama rakan-rakannya, kemudian diikuti kontrversi dibuang oleh pihak produksi kerana mempunyai masalah disiplin.

Malah Fathia Latiff juga digugurkan dari Sepahtu Reunion kerana dikatakan lambat sampai dan tidak menjawab telafon. Tempatnya ketika itu diganti oleh Siti Elizad.

Dengan pelbagai kontroversi yang melanda, akhirnya Fathia kini langusng tiada job lagi.

Ini pendedahan pelakon jelita ini:

"Sejujurnya saya sangat rindu untuk berlakon. Cuma, selepas digugurkan dalam drama La Luna saya tiada sebarang tawaran. Mungkin disebabkan kontroversi mengenai diri saya, penerbit tidak mahu menawarkan drama"

"Cuma saya pinta kepada semua penerbit, jangan kerana keburukan yang ada pada diri saya, kebaikan lain tidak dipandang. Alhamdulillah, sumber pendapatan saya sentiasa ada walaupun tidak berlakon. Produk Avon masih menyambung kontrak, begitu juga dengan produk Her Fit dan Pizza Hut"

Selain itu, Fathia juga sering meluahkan pendapat yang agak panas di laman media sosial.

Walaupun kelakuannya sering dipandang negatif, ia bukanlah dibuat-buat untuk mencari publisiti murahan tetapi Fathia hanya ingin mahu menjadi diri sendiri.

Tambahnya lagi, generasi sekarang sepatutnya lebih bersikap terbuka.

Ini katanya:

"Kadangkala saya tidak faham, apa sahaja yang saya buat walaupun pada pandangan saya ia baik, orang tetap kecam. Generasi sekarang seharusnya lebih bersikap terbuka. Bukan lagi suka mencari salah orang"

"Saya selalu berfikiran positif dan segala kontroversi yang berlaku tidak pernah melemahkan semangat saya. Benar ada perkara timbul disebabkan diri sendiri tetapi saya belajar daripada kesilapan berlaku"

Sementara itu, oleh kerana mempunyai banyak masa terluang dan tiada job, pelakon ini kini akan pergi ke Amerika Syarikat.

Menurut Fathia, beliau sentiasa berfikiran positif tentang segala kontroversi yang tercetus sepanjang tahun ini, malah pemergiannya bukanlah kerana merajuk tetapi ingin lakukan apa yang diingininya selama ini.

Ini pendedahannya:

"Saya membuat keputusan menetap beberapa bulan di Los Angeles kerana ingin mendapatkan perspektif baru dalam hidup. Saya juga tidak menetapkan duduk berapa lama di sana. Saya mungkin mengubah fikiran dan hanya tinggal sebentar dan pulang kembali ke tanah air"

"Sekarang ini saya mahu melakukan apa yang saya mahu lakukan. Kebetulan saya tidak mempunyai apa-apa komitmen buat masa terdekat ini yang menyebabkan saya boleh saja pergi bercuti selama mana saya mahu,"

Apapun semoga Fathia ambil pengajaran dari apa yang berlaku. Ubah segala yang negatif dan fokus bekerja kerana anda masih muda dan berbakat besar.

Sumber: RotiKaya

Sumber : berita memey

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.