Terkini

Pakai Baju Seksi, Tasha Shila Kata Masih Ada Maruah Tapi Kena Ikhlas Baru Boleh Berubah

loading...
 
Semua orang mahukan perubahan yang baik pada diri sendiri. Namun begitu, perubahan yang berlaku haruslah kena ikhlas dan bukan disebabkan faktor lain.

Itulah yang terjadi kepada pelakon kontroversi, Tasha Shilla yang turut menyimpan impian untuk berubah, namun enggan melakukannya hanya kerana desakan dari orang luar.

Tasha Shila baru-baru ini sekali lagi kembali menjadi bualan apabila memuat naik gambar berseluar pendek dan berbaju hitam yang agak terdedah di laman Instagram.

Pelakon ini berkata, dia akan melakukan perubahan dengan hati yang ikhlas dan bukan atas permintaan orang lain.

Ini komen dari Tasha Shila:

"Saya tidak mahu melakukannya hanya kerana takut dengan umpat keji manusia sedangkan hati tidak ikhlas. Berikan saya masa kerana saya juga ingin berubah.

"Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana saya suka tampil seksi. Mungkin dulu saya suka mencetuskan kontroversi, tetapi saya juga ada maruah dan harga diri. Saya bukan budak-budak lagi,"

Tasha Shila juga berkata, tindakannya memuat naik gambar yang mencetus kekecohan itu bukan untuk menaikkan semula namanya yang semakin sendu.

Kata Tasha, dia muat naik gambar itu kerana itu adalah dirinya yang sebenar.

Ini komennya lagi:

"Saya bukan manusia hipokrit dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak rasa pakaian yang digayakan itu keterlaluan seolah-olah sengaja mencari perhatian umum. Bagi yang mengenali, mereka tahu cara pemakaian yang saya selesa.

"Gambar itu diambil ketika saya bersama ibu dan adik bercuti di Pulau Langkawi dan Koh Lipe, Thailand. Saya tidak boleh elak dikecam netizen. Saya sudah lali kerana mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia,"

Ini gambar percutian Tasha Shila itu:


Tasha Shila sebelum ini memang terkenal dengan gaya yang agak terdedah namun mengatakan dia hanya menjadi diri sendiri.

Apapun ramai rindu untuk melihat pelakon ini kembali beraksi di kaca televisyen.

Sumber: BeritaHarian

Sumber : berita memey

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.