Terkini Viral

Respon Aeril Zafrel Tentang Iqram Dinly Ini Memang Kelakar

loading...
 
Nama Iqram Dinzly memang sedang menjadi fenomena di negara kita sejak kebelakangan ini.

Semuanya gara-gara beberapa video pelakon ini telah tersebar yang menunjukkan kelakuan 'pelik' pelakon berkenaan.

Kisah Iqram Dinzly ini memang sedang hangat diperkatakan dan telah mendapat banyak reaksi dari pelbagai pihak.

Ada pakar dari segi kaunseling dan pakar dari persatuan tertentu yang menzahirkan rasa risau terhadap kelakuan Iqram Dinzly itu.

Malah, isu ini turut mendapat perhatian dari Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memberi nasihat kepada Iqram Dinzly.

Rakan-rakan artis juga ada yang memberi pandangan masing-masing tentang Iqram Dinzly ini.

Namun ada satu kisah yang agak kelakar berlaku ekoran kisah Iqram Diznly yang
sedang viral ini.

Melalui satu komen dari netizen, ada memberi pendapat mengatakan Iqram Dinzly berbuat demikian semata-mata untuk publisiti.

Namun yang lawaknya, netizen berkenaan mengatakan Iqram Dinzly berbuat demikian untuk mempromosikan drama terbaru lakonannya berjudul "Mandatori".

Sebenarnya, Iqram Dinzly langsung tidak terlibat dengan drama Mandatori ini. Pelakon utamanya ialah Aeril Zafrel.

Melihat komen dari netizen itu, Aeril Zafrel terus memberi respon balas.

Ini komennya:

"Hmm itu Iqram Princhyqy. yang berlakon Mandatori tu aku"



Adui, macam-macam lah netizen ini. Aeril Zafrel dan jadi Iqram Dinzly pula. Kelakar juga warga twitter ni.

Untuk pengetahuan, drama Mandatori ini ditayangkan di Astro secara berbayar.

Selain Aeril Zafrel, pelakon lain daram ini ialah , Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin Chong, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, dan Amerul Affendi.

Kalau korang minat cerita penyiasatan, Berita Memey sarankan korang tonton drama Mandatori ni, memang best habis!

Sumber: Twitter Aeril Zafrel

Sumber : berita memey

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.