Terkini

Sekatan Baru PBB. Ini Respon BERANI Korea Utara Buat Ramai RESPEK

loading...

Sekatan Baru PBB. Ini Respon BERANI Korea Utara Buat Ramai RESPEK | Saya Luv Islam – Baru-baru ni Korea Utara terima sekatan ekonomi baru dari PBB. Selepas lama berdiam diri akhirnya Kim Jong Un memberi komen berani (dari lokasi rahsia) buat ramai negara-negara dunia respek.

ANGGAP SEKATAN TU TANDA PERANG

Korea Utara mengecam sekatan baharu oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) ke atas Pyongyang berhubung ujian peluru berpandu yang dijalankannya.

Pyongyang juga mengancam untuk menghukum mereka yang menyokong sekatan itu dan menganggap keputusan UNSC sebagai satu tindakan perang.

Ini merupakan reaksi pertama Korea Utara sehari selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan sekatan baharu ke atasnya.

HANYA 15 NEGARA DUNIA SETUJU SEKATAN TAPI..

Kelmarin, Resolusi UNSC yang memperoleh 15 undian bertujuan melarang hampir 90 peratus eksport produk petroleum yang ditapis ke Korea Utara kepada 500,000 tong setahun.

Ia turut menuntut supaya proses penghantaran pulang warga Korea Utara yang bekerja di luar negara dalam tempoh 24 bulan dan bukannya 12 bulan seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Sekutu Pyongyang, China turut menyokong sekatan-sekatan baharu tersebut.

Sekatan itu diperkenalkan kira-kira tiga minggu selepas Pyongyang menjalankan ujian peluru berpandu balistik antara benua yang didakwa boleh sampai ke bandar-bandar utama Amerika Syarikat (AS).

Korea Utara mendakwa, program senjata nuklearnya adalah untuk pertahanan negara.

SEKATAN BARU BUAT KOREA UTARA

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara bersetuju menguatkuasakan sekatan baharu terhadap Korea Utara, susulan ujian peluru berpandu balistik antara benua pada 29 November lalu.

Sekatan itu, sekali gus akan mengehadkan penyaluran bekalan produk berasaskan petroleum dan minyak mentah serta pendapatan yang disalurkan oleh warganya yang bekerja di luar negara.

Resolusi UNSC yang memperoleh 15 undian bertujuan melarang hampir 90 peratus eksport produk petroleum yang ditapis ke Korea Utara kepada 500,000 tong setahun.

Ia turut menuntut supaya proses penghantaran pulang warga Korea Utara yang bekerja di luar negara dalam tempoh 24 bulan dan bukannya 12 bulan seperti yang dicadangkan sebelum ini.

KOMEN TRUMP

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ketika mengulas mengenai sekatan terbaharu terhadap Pyongyang itu berkata: “Dunia mahukan keamanan dan bukannya kematian”.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memperluaskan sekatan terhadap Korea Utara, selepas ia melancarkan ujian peluru berpandu berturut-turut.

Tindakan itu dikenakan ke atas 18 pegawai rejim berkenaan dan entiti ketika Amerika Syarikat (AS) berjanji bertindak balas ke atas ujian misil dan nuklear Pyongyang ‘dengan cara lain’, jika terpaksa.

SEKATAN TERHADAP INDIVIDU DAN SYARIKAT KOREA UTARA

Majlis Keselamatan sebulat suara meluluskan resolusi dirangka yang meletakkan ketua pengintip Korea Utara, 13 pegawai lain dan empat entiti dalam senarai hitam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengenakan larangan melakukan kunjungan dan pembekuan aset.

Ia adalah resolusi pertama dipersetujui Amerika Syarikat dan satu-satunya sekutu utama Pyongyang, China sejak Presiden Donald Trump mengambil jawatan presiden.

Selain individu, entiti lain adalah Koryo Bank dan Pasukan Roket Strategik Tentera Korea.

Menurut data kerajaan Korea Selatan, Koryo Bank dari Korea Utara mengendalikan transaksi asing untuk Office 38, badan samaran yang menguruskan dana persendirian untuk kepimpinan Korea Utara.

Langkah yang diambil semalam itu dipersetujui jawatankuasa sekatan Korea Utara dalam mesyuarat tertutup, tetapi Washington meyakinkan China supaya menyokong undian umum mengenai senarai hitam, menunjukkan rasa tidak puas hati majlis itu dengan tindakan Pyongyang melanggar larangan badan dunia itu ke atas pelancaran misil balistik

Sumber : Sinar Harian

The post Sekatan Baru PBB. Ini Respon BERANI Korea Utara Buat Ramai RESPEK appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.