Terkini Viral

Isu Baitulmaqdis. Ini Ucapan SANTAI Pope Francis Buat Israel Tambah SERABUT

loading...

Isu Baitulmaqdis. Ini Ucapan SANTAI Pope Francis Buat Israel Tambah SERABUT | Saya Luv Islam – Ketika umat Islam semua marah kepada Trump tentang isu Baitulmaqdis, tindakan berani Pope (ketua Kristian) dunia ni terus buat Amerika terus malu. Mana taknya, beliau telah…..

SARAN PERTEMUAN AMAN

Pemimpin Roman Katolik, Pope Francis mengharapkan agar ada keamanan buat Baitulmaqdis serta mencadangkan agar diadakan dialog antara Palestin dan Israel lapor BBC.

Beliau berkata demikian ketika memberikan mesej Hari Krismas, semalam.

“Ketegangan antara kedua-dua negara tersebut makin meningkat, oleh itu wajar sekiranya rundingan dibuat antara Palestin dan Israel yang boleh mewujudkan kedamaian antara mereka.

“Pada hari perayan ini, marilah kita meminta agar tuhan memberikan keamanan buat Baitulmaqdis dan semua tanah suci,” katanya.

Konflik antara Palestin dan Israel melibatkan pengistiharan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengakui Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Langkah kontroversi tersebut ternyata mendapat kutukan antarabangsa.

Minggu lalu, anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan tegas menyokong resolusi yang mengatakan pengisytiharan Trump adalah batal dan tidak sah.

Sementara itu, pemimpin tersebut turut menyentuh isu-isu antarabangsa yang lain seperti krisis konflik Syria, Iraq serta Venezuela dan Korea Utara.

KATA POPE MESIR PULAK

Ketua Gereja Coptic Mesir, Pope Tawadros II, membatalkan pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, di ibu kota negara itu lewat bulan ini sebagai membantah keputusan Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

PIHAK GEREJA PUN TAK SETUJU DENGAN TRUMP

Keputusan Presiden Donald Trump tidak mengambil kira perasaan jutaan penduduk Arab, kata gereja dalam kenyataan, menambah ia memutuskan tidak mahu berjumpa Pence dalam lawatannya ke Mesir. – AFP

BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP

BACA NI : Pelan RAHSIA Putera Muhammad Salman TERDEDAH Buat Kuasa Besar Dunia CUAK

BACA NI : Kejutan. Israel Tiba-Tiba Serang Syria. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

IMAM AL AZHAR TURUT BATAL PERTEMUAN DENGAN AMERIKA

Imam Besar Al Azhar Al Sharif Mesir, Prof Dr Ahmed Mohamed Al-Tayyeb, membatalkan pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat (Amerika), Mike Pence berikutan pengiktirafan negara itu terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Agensi Berita Islam Antarabangsa (UNA) melaporkan, Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar Amerika di Kaherah telah menghantar permohonan pertemuan tersebut minggu lepas.

Sheikh Al-Tayyeb yang pada awalnya menerima pelawaan itu bagaimanapun membuat keputusan untuk menarik diri susulan perkembangan terbaru membabitkan status Baitulmuqaddis.

TAK MAHU DUDUK SEMEJA DENGAN AMERIKA

“Kami tidak boleh duduk semeja dengan mereka yang manipulasi sejarah dan menafikan hak rakyat Palestin.

“Saya langsung tidak berkeinginan bertemu dengan pihak yang menyerahkan sesuatu bukan hak milik mereka dan Amerika harus segera membatalkan pengiktirafan itu dengan segera,” katanya.

Sheikh Al-Tayyeb turut menyeru rakyat Palestin untuk bangkit kembali dengan semangat tinggi demi Islam dan negara tercinta.

“Kami (Al-Azhar) bersama rakyat Palestin dan tidak akan membiarkan mereka bersendirian,” katanya.

Kejutan. Israel Tiba-Tiba Serang Syria. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Sumber: Berita Harian

The post Isu Baitulmaqdis. Ini Ucapan SANTAI Pope Francis Buat Israel Tambah SERABUT appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.