Terkini

"Hilang Arah, Jiwa Kosong Sejak Kematian Ibu.." - Zul Ariffin Terkilan Tak Sempat Berada Di Sisi Arwah Ibu

loading...


Umum mengetahui pelakon berbadan sasa Zul Ariffin baru sahaja kehilangan ibu tercinta.

Ibu kepada Zul Ariffin iaitu Allahyarhamah Robiah Nasir telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung pada 5 Disember yang lalu.

Pelakon Zul Ariffin yang amat rapat dengan ibunya itu mengakui beliau seakan hilang arah serta tiada semangat untuk meneruskan kehidupan.

Jiwa Zul Ariffin dikatakan telah kosong dan beliau juga terpaksa menolak beberapa tawaran kerja.

Ini komennya:

"Sejak arwah tiada, saya langsung tidak boleh lelapkan mata. Pejam sahaja mata, pasti terbayang wajah arwah. Jiwa saya kosong selepas kematian arwah ibu. Selama ini, arwah adalah penguat semangat perjuangan saya, tetapi hari ini, segala-galanya sudah melayang.

"Saya benar-benar rasa kehilangan. Di hadapan orang, saya mungkin masih boleh tersenyum dan tenang, sebaliknya jauh di sudut hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jiwa saya memang tidak tentu arah ketika ini.

Zul Ariffin juga mendedahkan rasa terkilan kerana tidak dapat membawa ibunya menunaikan umrah.

Malah pelakon ini juga tidak sempat berada di sisi arwah ibunya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Ini pendedahan Zul Ariffin:

"Mungkin saya menyimpan rasa terkilan kerana tidak sempat bersama arwah pada saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Ketika saya tiba, arwah sudah tutup mata. Ia sangat memberi kesan pada jiwa saya.

"Hasrat saya mahu membawa ibu ke Dubai dan menunaikan umrah tidak kesampaian. Saya terbang juga ke Dubai untuk membawa hati dengan ditemani abang angkat dan keluarganya. Insya-Allah, bulan depan saya menunaikan umrah.

Berita Memey amat faham bukan mudah untuk menerima kehilangan seorang bernama ibu yang sudah banyak mencurahkan kasih sayang dan berkorban demi anak-anak tercinta.

Apapun, semoga Zul Ariffin terus kuat dan tabah dengan takdir yang tertulis ini.

Hidup mesti diteruskan, semoga Zul terus sukses dalam kerjayanya.

Sumber: BeautifulNara

Sumber : berita memey

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.