Terkini

Lelaki muda pun okey - Rita Ridaini

loading...


Pelakon popular Rita Rudaini merupakan ibu tunggal yang amat cantik dan masih jelita.

Walaupun telah dua kali gagal dalam perkahwinan, Rita Rudaini yang kini berumur 40 tahun, tidak pernah menolak untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh pada masa akan datang.

Pelakon ini kini masih lagi belum berpunya namun masih optimis tentang alam perkahwinan.

Bagi Rita Rudaini, dia tidak menolak sekiranya dia bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih muda berbanding dirinya.

Apa yang penting, lelaki berkenaan boleh menerima dan memikul tanggung jawab sebagai bapa kepada dua anak lelakinya, itu yang paling mustahak dan paling diutamakan Rita Rudaini.

Rita Rudaini menjelaskan bagaimanapun soal jodoh bukan keutamaan buat dirinya sekarang sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada kedua dua anak lelakinya.

Pelakon ini mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan dengan bekas suami yang juga pemain bola sepak Aidil Zafuan.

Anaknya bernama  Airit Rayyan Rizqin, 9 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 6 tahun.


Ini komen Rita Rudaini:

"Usia bukanlah faktor penentu andai saya bertemu jodoh pada masa hadapan. Bagaimanapun pada saya, lelaki itu harus boleh menerima anak-anak saya.

"Bukan setakat boleh menerima, lelaki itu juga harus boleh memikul tanggung jawab melaksanakan tugas sebagai bapa kepada Rayyan dan Arjuna"

Bercerita lanjut tentang perkara berkenaan, pelakon berasal dari Kangar Perlis ini berkata dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki sekarang dan tidak menjadikan ia sebagai perkara penting dalam hidup.

"Bukan mahu menolak jodoh sebaliknya saya lebih senang memberikan perhatian kepada Rayyan dan Arjuna tambahan pula pada tahun hadapan Arjuna akan mula bersekolah dan memasuki darjah satu"

Sebelum ini, Rita pernah bernikah dengan pengulas sukan TV3, Akbar Sahari namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004.

Rita bernikah di sempadan negara jiran Thailand dengan pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008.

Pasangan popular ini telah bercerai pada tahun 2013 setelah melalui pelbagai dugaan. -Beritamemey

Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.