Isu Baitulmaqdis. Ini Keputusan Undi PBB Negara2 Dunia Yang Dinanti Ramai | Saya Luv Islam – Saat yang ditunggu ramai telah tiba, di mana keputusan sidang tergempar PBB bagi undian resolusi Baitulmaqdis oleh negara-negara seluruh dunia telah pun keluar. Allahuakbar.
KEPUTUSAN UNDI PBB
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini mencatat undian 128 menyokong Resolusi Baitulmaqdis manakala sembilan menentang usul menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Sebanyak 35 negara lain berkecuali dalam undian berkenaan.
Malaysia adalah antara 128 negara yang tidak sokong dengan tindakan Amerika umum Baitulmaqdis ibu kota Israel.
RAMAI NEGARA TIDAK ENDAH DENGAN UGUTAN AMERIKA SEBELUM NI
Terdahulu, Presiden Donald Trump memberi amaran sebelum undian 193 negara, Washington ‘memerhati rapat’ dan mengeluarkan ugutan bertindak balas terhadap negara yang menyokong langkah itu.
Trump mengancam memotong bantuan kewangan kepada negara yang mengundi menyokong undian terbabit.
RESPONS PALESTIN
Keputusan undian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menolak pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dianggap Palestin satu kejayaan buat mereka.
Jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah yang mengalu-alukan keputusan undian itu berkata, ia adalah satu kejayaan buat Palestin.
“Kami akan meneruskan usaha di PBB dan semua forum antarabangsa untuk menamatkan penjajahan di wilayah kami serta mewujudkan sebuah negara Palestin dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” katanya.
Katanya, keputusan itu sekali lagi mengesahkan usaha Palestin mendapat sokongan undang-undang antarabangsa dan tiada keputusan oleh mana-mana pihak boleh mengubah realiti.
Sementara itu, Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu berkata, masyarakat antarabangsa menunjukkan dalam undian PBB berkaitan status Baitulmaqdis bahawa ‘maruah dan kedaulatan bukan untuk dijual.’
RESPONS SOMBONG NEGARA ISRAEL</h2
Wakil Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertekad bahawa negaranya tidak akan ‘diusir’ dari Baitulmaqdis.
Negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mencatat undian 128 menyokong manakala sembilan menentang (128-9) usul menolak pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas wilayah itu sebagai ibu kota Israel.
“Tiada resolusi Perhimpunan Agung akan mengusir kami dari Baitulmaqdis,” kata Duta Israel ke PBB, Danny Danon pada sesi tergempar perhimpunan 193 negara itu.
Satu deraf resolusi menolak tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dihantar ke Perhimpunan Agung selepas AS mengguna kuasa veto pada peringkat Majlis Keselamatan Isnin lalu.
Sementara itu, Menteri Luar Palestin Riyad al-Malki, berucap dalam perhimpunan ketika sesi dijalankan, merayu sokongan dan merujuk amaran AS bahawa ia ‘mengambil nama’ dalam kalangan negara yang membantahnya di PBB.
“Organisasi ini (PBB) kini sedang mengalami ujian tidak dijangka. Sejarah merekodkan nama, ia mengingati nama, nama mereka yang berdiri menyokong siapa yang benar dan nama yang bercakap bohong. Hari ini kami menuntut hak dan perdamaian,” katanya.
Sumber: Berita Harian
The post Isu Baitulmaqdis. Ini Keputusan Undi PBB Negara2 Dunia Yang Dinanti Ramai appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber : alamviral
0 comments:
Post a Comment