Terkini

Dislikes Sampai 300 Ribu, Buat Pertama Kalinya Sajat Tampil Buka Mulut, Beri Respon Balas!

loading...

Semalam telah berlangsung majlis sidang media untuk lagu Abang Nak Tegur nyanyian Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris berduet dengan Sajat dan juga isterinya Datin Nor Shahida.

Majlis sidang media itu diadakan di Flora Terrace khas untuk memperkenalkan secara rasmi lagu terbitan KRU Muzik itu yang kini sedang viral di laman media sosial.

Di awal majlis, Berita Memey difahamkan ketiga tiga penyanyi telah membuat mempersembahan lagu Abang Nak Tegur itu, memang happening habis!

Untuk yang tidak tahu lagi, lagu ini sedang trending di laman YouTube dan mempunyai dua versi.

Versi pertama merupakan yang asal iaitu nyanyian Aliff Syukri dan juga Nur Sajat. Video ini menjadi viral kerana mendapat dislikes yang amat banyak iaitu lebih dari 300 ribu dislikes.

Video lirik ini memang teruk dikecam orang ramai terutama haters Sajat.

Semalam, apabila ditanya tentang isu ini, Nur Sajat meluahkan bahawa dia langsung tidak kisah dikecam orang ramai kerana menyanyi.

Menurutnya, apa yang penting baginya adalah publisiti yang diterima untuk lagu duetnya bersama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diterima ramai.

Ini komen Nur Sajat:

"Bagi Sajat sendiri, view dan publisiti yang diterima lebih penting daripada 'like' atau 'dislike'.

"Masa mula-mula ditawarkan berduet pun perkara pertama saya tanya ialah 'tak takut kena kecam ke?' tapi hanya senyuman yang diterima jadi saya setuju sajalah,"

"Tak semua orang suka dengan apa yang kita buat dan kita tak boleh puaskan hati semua pihak, mereka pun macam tiada 'life'.

"Jadi Sajat ambil pendekatan tidak kisah dan lebih jaga hati ibu bapa dan orang yang sayangkan Sajat sahaja,"

Itulah komen Sajat apabila di tanya tentang jumlah dislikes yang amat banyak dengan lagu Abang Nak Tegur nyanyainnya itu.

BeritaMemey kagum dengan sikap Sajat yang langsung tidak mempedulikan tomahan yang dilontarkan para hatersnya.

Sementara itu, Datuk Aliff Syukri pula telah menyatakan rasa terkejut kerana tak sangka rupanya rakannya iaitu Nur Sajat mempunyai haters yang amat ramai.

Ini komen Aliff Syukri:

"Isteri saya memang tak nak nyanyi. Saya pun offer Sajat, tapi saya tak sangka hatersnya terlalu banyak.

"Kalau nak salahkan Sajat macam tak aci kan, macam saya cakap kami bukan artis tak tahu apa kehendak masyarakat.

Itu lah kenyataan dari Datuk Alif Syukri tentang Sajat.

Setelah video bersma Sajat dikecam dan menerima dislikes yang amat banyak, pihak KRU kemudian mengeluarkan versi kedua dengan menampilkan Aliff Syukri dengan isterinya Datin Shahida.

Versi video ini mendapat sambutan yang baik dari para netizen. -BeritaMemey

Sumber: Sinar Harian / mStar

Sumber : berita memey

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.