loading...
Semalam, 1 Disember 2017, telah berlangsung satu majlis resepsi antara adik Fazley Yaacob, Raf Yaacob dan juga isterinya, pelakon baru Mawar Rashid.
Majlis resepsi ini telah diadakan di Sime Derby Convention dan berlangsung dengan amat meriah.
Banyak juga rakan artis yang hadir ke majlis tersebut dengan status Mawar Rashid sebagai artis dan bekas peserta Dewi Remaja yang popular.
Untuk pengetahuan, Raf Yaacob merupakan seorang duda sebelum bernikah dengan Mawar Rashid.
Raf Yaacob mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Namun semalam kedua-dua anaknya langsung tidak kelihatan di majlis resepsi pasangan pengantin baru ini.
Melalui laman IG milik Raf Yaacob, dia menjelaskan anaknya tidak dapat hadir kerana bersama ibu kandungnya iaitu bekas isterinya.
Dalam tulisannya, dia menjelas ada baju yang telah disiapkan untuk anak-anaknya namun mereka tidak dapat hadir dan pakaian itu tidak dipakai dan hanya akan tergantung.
Raf Yaacob berkata ada pihak yang kejam dan selfish yang membuatkan anaknya tidak dapat bersama pada malam di majlis resepsi itu.
Ini tulis Raf Yaacob:
These were tailor-made especially for the both of you to wear this evening as your Mummy Rose & Papa walk down the aisle. Now they will remain on their hangers, UNWORN. My dearest children, rest assured that Papa and Mummy Rose have always included you in our lives but due to the cruel and selfish act of others, you are restricted from being with us tonight at #MawaRafReception. Rayyan and Chanela kesayanganku, we love you very much and we will have you in our hearts every step we take this evening. @rayyanchanelaraf There will come a day when your mama going to get married and the kids are with me, I will still give you two to mama. It’s your mama historic day. Take it.
Kemudiannya, oleh kerana penulisan caption dari Raf Yaacob ini, bekas isterinya tampil memberi respon balas.
Kata bekas isteri Raf Yaacob bernama Maria ini, anaknya itu sedang sakit dan tidak sihat.
Maria juga mengingatkan agar jangan sesekali membuat tuduhan tidak berasas dan juga membuat drama.
Ini tulisnya:
1) Rasha demam batuk selsema, sedang alami tonsilitis
2) Hari ni adalah giliran ibu kandung menjaga anak-anak (court agreement)
3) Tiada komunikasi untuk anak-anak hadiri majlis resepsi Raf (hanya diberitahu semalam)
4) Jika mahu anak-anak, perlu 7 hari lebih awal (court agreement)
5) Jika ibunya kejam, selfish, dia takkan benarkan anak-anak hadiri majlis pernikahan
6) jangan buat tuduhan melulu, jangan buat drama
"Bacterial Tonsilitis with WHITE SPOTS adalah penyakit yang berjangkit. As a mother i will take full responsibility on my kids welfare and their surrounding. It is my job to make sure that she wont affect other people."
Itulah penjelasan dari pihak bekas isteri raf Yaacob tentang kenapa anak-anak tidak hadir ke majlis resepsi antara raf Yaacob dan Mawar Rashid.
Sumber: IG raf Yacob / IG Maria
Sumber : berita memey
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment