Terkini Viral

Pengemis Profesional Dari Jerman Dikesan Kembali Ke Malaysia

loading...

Seorang pengemis 'profesional' dari Jerman, Benjamin Holst dikesan kembali ke negara ini dan dilihat meminta wang daripada orang ramai di Kuala Lumpur.

Memetik laporan Mstar Online, lelaki berusia 32 tahun itu meninggalkan Malaysia untuk bercuti di Vietnam pada 15 Mac namun kembali semula pada awal minggu ini. 

Holst dikenali sebagai pengemis profesional dan bergerak ke seluruh dunia untuk mengemis sambil memuat naik posting Faceook mengenai penginapan di hotel mahal, minum di bar dan menyewa pelacur. 

Dia sebelum ini telah diusir dari beberapa buah negara akibat eksploitasi itu termasuk Thailand, Kemboja dan Indonesia. 

Dia dipercayai bakal kembali ke Thailand selepas 'bertugas' di Malaysia, seperti yang dipaparkan menerusi catatan di Facebook miliknya.


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.