Terkini Viral

'Dah Sampai Depan Mesin ATM, Barulah Terhegeh-Hegeh Keluarkan Kad' - Lelaki Ini Kongsi Adab Dan Etika Ketika Di Mesin ATM

loading...

Hari gaji sememangnya amat dinantikan oleh mereka yang bekerja. Dengan duit tersebut bolehlah membayar hutang-hutang, membeli keperluan makanan ataupun berbelanja untuk keluarga dan diri sendiri. 

Namun, apabila tiba hari gaji, tempat yang paling sibuk tentulah mesin-mesin ATM dan CDM. Kadang-kadang terpaksa menunggu terlalu lama hanya untuk mengeluarkan duit. Macam-macam kerenah boleh kita nampak di mesin ATM dan CDM ini sehingga ada yang boleh mencabar kesabaran kita. 

Seorang pengguna Facebook, Izman Pauzi berkongsi beberapa etika ketika menggunakan mesin ATM. Sudah pasti semua situasi ini pernah berlaku kepada kita semasa mengeluarkan duit melalui mesin ATM ini. 

"Ambil Masa Terlalu Lama"

Adab di ATM.

Dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini saya singgah di stesen minyak untuk mengeluarkan sisa-sisa tinggalan gaji bagi perbelanjaan seharian.

Terdapat tiga buah ATM (Automatic Teller Machine) di situ dan masing-masing ada seorang pengguna di setiap ATM. Saya berbaris dan menunggu giliran.

Inilah saat yang saya bencikan, kesemua mereka mengambil masa yang cukup lama. Jadi di sini saya perturunkan sedikit adab di ATM terutama ketika waktu puncak.

1. Pastikan anda keluarkan kad ATM anda semasa berbaris, bukan apabila dah tiba giliran anda. Jangan masa tu baru terkial-kial cari di seluruh dompet, dan segala poket.

2. Pastikan anda ingat nombor pin. Jika anda jenis pelupa, tulislah awal-awal di tangan atau kertas. Jangan masa itulah baharu nak telefon isteri atau suami tanya pin.

3. Pastikan anda dah rancang berapa jumlah wang hendak dikeluarkan. Janganlah masa tu nak garu kepala dan telefon sana sini nak tanya berapa banyak nak dikeluarkan.

4. Jika anda perlu menyemak baki dan anda tahu baki anda sangat banyak jumlahnya, janganlah menunjuk sangat. Anda boleh mengundang jenayah ragut. Lagi satu, anda sebenarnya menyakitkan hati pengguna belakang yang duitnya tak cukup sampai hari gaji berikutnya.

5. Jika anda biasanya membuat segala pembayaran hutang melalui ATM, seeloknya carilah masa yang sesuai. Janganlah anda buat masa orang nak ke pejabat atau waktu rehat tengahari ketika semua orang mengejar masa.

6. Janganlah menggunakan telefon semasa berbaris dan mengeluarkan wang kerana ia mengganggu tumpuan dan merugikan masa orang lain yang memerhatikan anda yang terhegeh-hegeh memegang telefon berbual dan dalam masa sama ingin membuat transaksi.

7. Janganlah mengira duit anda selepas mengeluarkannya. Saya percaya semua mesin akan memberi jumlah yang tepat mengikut jumlah dikeluarkan. Jika ada terkurang sekalipun, anda masih boleh membuat aduan dan pihak bank akan memeriksa rekod ATM. Lagi satu, bimbang juga terjadi kes ragut.

8. Jika kad anda 'ditelan' akibat pin salah atau lambat dicabut keluar, usahlah meratap dan menghalang pengguna lain untuk menggunakan mesin itu. Kad yang ditelan tak akan keluar semulapun. laporkan kepada pihak bank dan dapatkan penggantian kad.

9. Jika ada orang tua, perempuan sarat mengandung atau orang kelainan upaya turut berbaris di belakang anda, seeloknya berilah laluan kepada mereka.

Mungkin ini antara salah satu etika yang perlu kita amalkan. Janganlah bersikap mementingkan diri sendiri kerana kemungkinan orang lain punyai urusan yang lebih penting. Kalau ada pengalaman di mesin ATM cuba kongsi di ruangan komen. 


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.