Terkini Viral

Ana Rafali Tersingkir Minggu Ke Empat Gema Gegar Vaganza, Azmi Sekali Lagi Buat Persembahan Memukau

loading...

Konsert keempat Gema Gegar Vaganza (GGV) yang berlangsung malam tadi bertemakan Gema Mestika dimana lapan bintang GGV menyampaikan lagu tugasan yang diberi. 

Namun, buat Ana Raffali menjadi bintang ketiga tersingkir. Ana menyampaikan lagu Balqis pada minggu ini. Tempat pertama diungguli oleh Hijjaz yang menyampaikan lagu Ya Maulana.

Mirwana yang menyampaikan lagu Raikan Cinta dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Terindah kategori karya kreatif atas persembahan mereka yang memukau.

Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Kopi Pak Belalang. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.

Semua peserta GGV memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk Ramli MS sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

Hijjaz - Ya Maulana

"Saya suka dengan persembahan kamu, saya tak dengar merdu. Sebutan, jiwa kami semua sederhana dan dia kedengaran betul untuk menyampaikan lagu ketuhanan. Kumpulan kamu tiada galang ganti," - Datuk Ramli MS.

Hafiz Hamidun - Nour El Ein

"Saya suka karakter vokal kamu apabila kamu menyampaikan lagu ini. Tapi saya kurang gemar visual di belakang kamu," - Datuk Ramli MS.

Mirwana - Raikan Cinta

"Kali pertama saya melelehkan air mata sewaktu Mirwana menyanyikan lagu ini. Penuh maknanya, ini satu persembahan yang epik bagi saya," - Farihin Abdul Fattah.

Azmi Saat - I Believe I Can Fly

"Minggu ini benar-benar kami terbang. Terima kasih kerana anda membawa kami semua terbang malam ni," - Farihin Abdul Fattah.

UNIC - Ghazal Untuk Rabiah

"Setiap minggu saya melihat UNIC menyampaikan lagu dengan sangat santai. Saya suka kamu menyampaikan lagu ini kerana dakwah ini berjalan dengan menyenangkan dan berlangsung dengan santai," - Oki Setiana Dewi.

Saujana - Heal The World

"Saya suka penampilan anda semua malam ini. Saya suka persembahan dan tenaga yang Saujana tampilkan," - Oki Setiana Dewi.

Wani - Kun Anta

"Wani patut lebih rileks sedikit. Minggu ini bunyinya tercungap. Lagu minggu lalu yang sepatunya anda tercungap, anda dapat sampaikan dengan baik. Tapi lagu minggu ini, sebaliknya berlaku," - Farihin Abdul Fattah.

Ana Raffali - Balqis

"Saya suka konsep yang disampaikan, tak banyak pergerakan, sesuai dengan penampilan muslimah wanita. Saya suka persembahan Ana malam ini," - Oki Setiana Dewi.

Konsert minggu kelima GGV bakal membawa tema Bergabung Bergema dan tujuh bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.