loading...
Kisahnya macam ni, saya seorg isteri yang brkahwin dah 3 tahun.. saya kahwin dengan duda xda anak... Sebelum saya kenal suami saya semasa saya study dan sebelum saya kahwin dengan suami saya, saya pernah tanya dia kenapa bcerai dengan isterinya sebelum ni dia kata isterinya xsolat dan nusyuz.
saya pun percaya 100% apa yang dia cakap dan membuat keputusan bkahwin dengan dia selepas saya habis bljar, saya dah selidik famili dia dan dia dari famili baik2, anak ustaz, masa saya mula2 kahwin tu dia memang xda kj tetap.. bekerja sndiri dan saya pula bekerja swasta.
"Rupanya Bukanlah Seperti Yang Disangka"
Sepanjang tempoh 3tahun perkahwinan saya amat kecewa sebab apa yang dia pernah cakap selama ni rupanya terjadi disebaliknya.. saya xpernah nmpak dia solat, bayar nafkah apatah lagi langsung x,, bab rumah sewa, bayaran utiliti, perbelanjaan smua saya tanggung malah dia salahkn saya seolah2 semua bab nafkah tletak d bawah tanggjawb saya.
kalau dia xda duit minta kt saya, saya xbg melenting maki hamun saya macam2 xkira tempat... saya amat terkilan saya sangka dia lelaki bertanggungjawab tetapi rupanya x.. bila saya suarakan hal ni kenapa dia xberusaha mencari nafkah dia salahkn saya balik.. macam2 dia cakap.
Bila saya tunjukkan protest saya pula kena marah.. saya dah berusaha bincang cara baik tapi dia bukanla org yang senang untuk d bawa bbincang malah mmbawa pergaduhan...saya pernah minta cerai dari dia dan saya minta dia keluar dari rumah sewa sebab rumah sewa ni saya sewa duit saya sndiri.
"Kena Bayar Upah Dia Memasak Dan Mengemas Rumah"
Tapi dia xbg dan dia xkeluar juga malah ugut saya macam2, dia minta saya bayar semua kos2 dia pernah tlagi saya msa saya study dulu sebelum kahwin....dia langsung xpernah bg duit sesen pun..dia cakap lagi bayar upah dia memask kat rumah mengemas d rumah siap letak harga rm1500 sebulan.
Masalahnya bab masak dan kemas rumah saya sndiri buat lepas saya balik dari kerja saya xpernah suruh dia yang nk masak n kemas rumah tapi dia sndiri yang buat.. saya fikir memang dia jenis suka mmsk..saya anggp macam tu.. tapi rupanya x dia anggp saya kena upah dia memasak atau mgemas rumah..dia kata selagi saya xbayar kos2 tu dia xkeluar dari rumah..saya jd pelik ada pula macam tuu.
Lagipun bukanka itu memang dah tanggungjwb suami, c isteri adlah mmbantu.. tapi dia buat pencaturan sendiri saya pula kena btanggjwb bila saya nk minta cerai ugut saya macam2 bayar upah selama ni dia msk n kemas rumah n antar saya p kerja.. tapi by right xsemua kerja rumah dia buat... saya juga kena buat.
"Semua Benda Diletakkan Atas Bahu Saya"
Depan keluarganya bukan main lagi dia buat baik.. Sgt2 baik..smpaikn saya pernah mgadu dengan mak mertua saya, dia ragu2 macam xpercayakn saya... tapi hakikatanya dah lama saya pendam mslh ni... saya belum ada anak lagi dan xyakin kearah tu bila saya ada suami xbtanggjwb macam ni.
Semua hal dia letakkan atas isteri... Seolah2 sayala suami dan saya jugala isteri...smpai skg saya fikir kenapaa isteri pula kena tanggung nafkah dah macam tanggungjwb isteri walaupun isteri Berkerja....n sesuka hati maki hamun bila saya tanya kenapa asyik nk maki hamun xda perikemanusiaan ka, dia cakap ini smua punca dari saya.
Saya xfahamla.. saya minta pandangan dan nasihat shabat2 lain apa yang perlu saya buat..adakah saya yang salah....saya rela single daripd ada suami hanya tahu memaki hamun... Terima kasih.
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment