Terkini

Akibat Putus Cinta Lelaki 22 Tahun Cuba Terjun Dari Tingkat 19 Kondo

loading...

Anggota Bomba dan Penyelamat Selayang berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki yang ingin terjun dari tingkat 19 Kondominium Casa Indah, Bukit Idaman. Dalam kejadian tersebut, lelaki berusia 22 tahun itu dilihat sedang duduk dalam kedudukan yang berbahaya di birai koridor luar bahagian tengah bangunan. 

Jurucakap BBP Selayang berkata: 

“Seramai 10 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.Sebaik tiba di lokasi, lelaki berkenaan duduk di birai koridor dalam keadaan fikiran bercelaru,”


“Lelaki itu pada mulanya enggan bekerjasama, malah menyuruh anggota bomba meninggalkan dia berseorangan. Anggota yang bimbang lelaki itu bertindak di luar jangkaan tidak berputus asa dan memujuk lelaki itu sejam sebelum lelaki terbabit mula berlembut,”

Sebaik ditenangkan, lelaki berkenaan mengaku dia mengalami masalah putus cinta dan tekanan perasaan. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.